Skip to main content

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin "

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ;
jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang ;
jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah
menjadi kufur ;
kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah ;
jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa ;
kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas ;
kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat ;
kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai
mengumpat ;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya .
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara ..
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta ;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan
juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian . Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia . Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya .

Comments

Alhamdulillah said…
ini karya awak sendiri ke?

saya republish balik
faiza said…
saya share untuk semua..

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan