Friday, December 30, 2011

Kisah Sujud Pokok


Ada sebuah hadis menyebut:

Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud."

Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut.


Sujudlah Selagi Ada Masa

Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah dan dengan Allah s.w.t.  Mereka yang enggan sujud kepadaNya didunia, tidak akan bisa sujud kepadaNya diakhirat, kala Tuhan bertajalli dengan kerajaanNya. Percayalah, tiada yang  lebih memalukan pada ketika itu melainkan tidak mampu bersujud kepadanNya.'

Doaku panjatkan:

Ya Allah... Anugerahkanlah kepada kami sujud kepadaMu dengan penuh makna kehambaan.. Anugerahkanlah  kami sujud yang berkekalan..

No comments: