Friday, December 30, 2011

Kisah Sujud Pokok


Ada sebuah hadis menyebut:

Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud."

Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut.


Sujudlah Selagi Ada Masa

Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah dan dengan Allah s.w.t.  Mereka yang enggan sujud kepadaNya didunia, tidak akan bisa sujud kepadaNya diakhirat, kala Tuhan bertajalli dengan kerajaanNya. Percayalah, tiada yang  lebih memalukan pada ketika itu melainkan tidak mampu bersujud kepadanNya.'

Doaku panjatkan:

Ya Allah... Anugerahkanlah kepada kami sujud kepadaMu dengan penuh makna kehambaan.. Anugerahkanlah  kami sujud yang berkekalan..

Monday, November 7, 2011

Nabi Sulaiman Memahami Pembicaraan Semut


Ketika Nabi Daud meninggal dunia, di antara putera-puteranya, hanya Sulaiman yang mewarisi kenabian dan kerajaan. Ketika Nabi Sulaiman berkuasa atas kerajaan, ia menjemput pembesar-pembesar dan kaum cerdik pandai yang ada dalam kerajaannya, Ia berkata kepada mereka sebagai pujian atas kelebihannya: Allah telah melebihkan aku dengan mengajarkan bahasa binatang dan burung kepadaku, sehingga aku dapat memahami apa yang mereka bicarakan. Ini adalah tambahan nikmat Allah terhadap kerajaan dan kenabian yang Allah berikan kepadaku. Sesungguhnya nikmat-nikmat yang agung ini adalah kurnia dan kebaikan-Nya, yang jelas nampak pada setiap orang.


Pada suatu hari Nabi Sulaiman memanggil bala tenteranya. Ia bermesyuarat dengan mereka yang terdiri dari jin, manusia dan burung-burung untuk mentaatinya. Kemudian berjalanlah Nabi Sulaiman bersama pasukannya hingga tiba pada suatu lembah yang banyak semut di dalamnya. Ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: "Hai semut lihatlah itu Sulaiman berjalan dengan tenteranya ke arah kamu. Maka bersegeralah kamu bersembunyi di lubang-lubang, sehingga tidak membinasakan kamu dengan pijakkannya, sedangkan mereka tidak akan merasakan bahawa kamu itu ada.

Nabi Sulaiman mendengar apa yang dikatakan oleh semut itu, maka ia merasa gembira, kerana semut itu telah meningatkannya pada kenabian, kebijaksanaan dan kasih sayang yang telah Allah berikan kepadanya, seperti kerajaan dan mengetahui pembicaraan semut yang tidak dapat diketahui oleh manusia lain. Nabi Sulaiman pada saat itu berkata sambil bermunajat kepada Tuhannya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang selalu mensyukuri nikmat-Mu, dan masukkanlah aku dengan kurnia dan rahmat-Mu kedalam golongan orang-orang soleh yang mendapat redha-Mu.

Wednesday, October 19, 2011

Kehidupan Berubah


Rupanya dah banyak masa terluang begitu sahaja..Hmm...setiap hari kata nak berubah, tahun depan azam nak berubah..kadang rasa masih tahap yang sama. Apa tidaknya, berubah bukan sahaja dimulut tapi pada perlakuan dan hati sekali.. Aceh-ceh bermadah-madah pulak ni faiza.
Tengok dah lupa dah azam awal tahun yang lalu, sekarang dah pertengahan October, birthday yang 23 tahun baru je lepas 11 October. Apa yang dicapai pada diri anda setakat hari ini, masa tetap tidak akan berbalik. Masa akan berlalu tanpa kita sedari walaupun sesaat. Contohnya  perjalanan waktu kalau tidak dirancang dengan baik akan mendatangkan masalah untuk diri sendiri. Betulkan?
Ha..so, apakah anda semua dah ada buat persediaan untuk hari seterusnya. Ilmuan kata, Hari ini adalah lebih baik daripada semalam, kerana waktu yang sekarang ini boleh buatkan kita berubah mengikut kehendak kita. Waktu ni ibarat putaran roda yang akan sentiasa berdetik mengikut waktu tanpa sedikit pun berhenti atau terkebelakang.. So, bab cerita dulu-dulu, korang ingat tidak lagi filem “BACK TO THE FUTURE” cerita tu memang saya minat dari kecik lagi setiap musim kitorng kumpul. Mengisahkan seorang scienties yang pintar yang boleh bina kereta untuk masa hadapan ataupun masa lampau. Bunyi mengarut, tapi memang takkan adalah kisah macam ini secara realiti..huhu...semuanya citer fiksyen dan fantasi. Tapi cerita tu best la, jalan cerita yang menarik walaupun kisah tu dah lama dimainkan sejak tahun 1990an lagi. Memang best rasa nak tengok balik pulak.
Sebenarnya niat dalam hati saya nak berubah, insyallah Allah berikan petunjuk  kepada hambamu yang lemah ini.Perkara yang saya akan cuba berubah.
1.       Ibadah
2.       Perlakuan dan perbuatan
3.       Tutur kata
4.       Pemakaian
Rangkuman ini sangat luas ertinya, kalau dipecahkan ibadah tu nak menambahkan amalan-amalan wajib dan sunnat, yang sebelum ini tidak dilaksanakan dengan baik. Pecahan masa melaksanakan solat, baca Al-Quran, ikt dalam rukun islam dan rukun iman.  Perlakuan dan perbuatan adalah kesinambungan daripada ibadah tadi, bila kita istiqamah dalam beribadah secara automatic perkara tadi akan beransur-ansur berubah mengikut amalan yang dilaksanakan. Ok, seterusnya tutur kata, kadang-kadang kita bercakap ikut sedap mulut (bahasa kasarnya) yelah orang disekitar kita yang terasa. Cakap lepas, terus terang, cakap benda-benda yang tidak elok...haha..tula punca masalah selalu timbul. Apa yang terjadi? Perselisihan faham dan pendapat, bergaduh dengan alasan yang remeh, lebih teruk lagi boleh terjadinya Fitnah. Dasyat sekali. Bahaya Fitnah ini teruk, sehinggakan lebih teruk dari membunuh..Jagalah pertuturan, dalam Al-Quran Allah menyebut  “Janganlah sesekali meninggikan suara dan berkata ‘ah’ sekali pun terhadap kedua ibu bapa, hendaklah berkat a dengan lemah lembut” . Pemakaian adalah lambang peribadi sesorang itu, jika penampilannya yang baik, Maka imej sesorang itu akan nampak lagi baik dan sopan. Insyallah. Ya Allah semoga hambamu ini boleh berubah kepada perkara yang disebutkan tadi.

Friday, October 14, 2011

Bas, Kereta Dan Saya

Dah lama saya tidak berblog disini. Dengan kekangan masa selalu terbatas nak meluahkan apa yang terpendam disini. Saya ini bukan yang terlalu obses dalam memblog ini. Tapi, saya akan cuba kongsi apa yang saya rasa untuk anda semua. Haha :) , cmner nak mula ea... (tangan dah xsabar nak menaip) huhu..


Terima kasih pada ayah, sebab bagi kepercayaan nak bagi kereta kancil. Sepanjang hidup ini, memang berangan nak berkereta sejak dari kecik lagi. Pernah juga mengeluh disebabkan terlalu penat naik bas nak kelas dulu, hmm...terpaksa berhempit, dan pernah suatu ketika dulu tersepit kat pintu bas...aaahhh sedihnya sampai "LEBAM KAKI"..akibat tersepit, tertinggal bas memang dah jadi rutin la..jangan la nak kata, betapa sedihnya bila tertinggal bas walaupun hanya berapa saat dia lalu.. Terima kasih zakiah, sebab dialah yang kongsi suka duka masa naik bas dulu. Kalau hujan, berpayung pun rasa dah macam dah tidak berpayung..huhu..kuyup sampai rumah.. :^ , sejuk tahu jelah kan..jarak rumah dengan bustop boleh la tahan jauh cikit..Kalau dulu first2 macam-macam yang rapidbas punya "PROMOSI"seingat dulu RM1 tu boleh guna banyak kali sampai ke petang. Punyalah nak jimat kan, dengan tidak segan silu boleh mintak kat kawan-kawan yang kenal or xkenal terus mintak tiket, kekadang sukarela dia nak bagi..punya sukalah time tu xyah nak beli tiket, kongsi je..betul-betul ada konsep "Sharing is Caring" .Lepas tu kena beli kertas mcm kad kertas tu untuk sebulan RM40, lepas tu keluar pulak, RAPID PAS, warna hitam..kalau x beli, huhu..tahu-tahu je lah silap-silap xdapat naik, arghh macam, tak lama lepas tu guna TOUCH N GO pula..aduhaiii..tu la, nak dijadikan pengalaman naik bas pun dah macam-macam dah..Paling sedih nak balik dari kelas dulu, banyak jugak tak dapat naik :'( sedih, "ala terlepas, alahai penuh"..mengeluh je.. kekadang tu, ktorg leh je nak jalan kaki dari fakulti FSKM ke rumah ktorg..Jangan tak percaya, dah banyak kali buat, kalau nak kira dalam masa 30 minit jalan tau..huhu, sambil dengar lagu dengan borak-borak kosong dengan zakiah. Zakiah jelah tempat merungut masa tu, walaupun saya tahu dia dan saya pun penat, tapi tetap gagahkan jugak berjalan.. Rindunya saat tu..hehe  :)

Paling seronok la time naik bas, kalau nak ke Bandar, sebenarnya tak tahu nak beli apa, tapi disebabkan :window shopping: huhu, rasa puas kalau dapat berjalan..hehe, walaupun poket dah kosong dengan kering..Masa tu, ok..naik dari umah 50 sen naik bas seranas, kat bustop depan flat tu..kat situ boleh je sampai komp.PKNS. kalau nak jalan jauh sikit, saya dan lain-lain akan turun ke Seksyen 2, untuk tahan bas seterusnya, kalau nak ke KL naik bas U80, kalau nak ke Maybank naik bas T602, kalau nak ke komuter naik bas T527..ingat lagi saya..huhu.. :lol

Korang pernah naik bas bunga tak? Kalau student Shah Alam, yang naik bas la selalu dapat rasa. Naik bas tu ondway nak ke komuter. Huhu..leh ingat nostalgia bas lama-lama, zaman-zaman bas mini dulu di Kuala Lumpur, bas dia colour  biru, jika perasan..pak cik yang dah berusia yang bawak. Mesti ada banyak kenangan manis dan terindah sepanjang pakcik tu berkhidmat dengan bas tu. Dan macam-macam ragam, gelagat penumpang dia rasa. Tersenyum saya, bila nampak bas tu masih ada lagi.

Ni dah jalan jauh sikit dah, Sunway Piramid tu dah banyak kali kitorang sampai. Lepas naik train komuter, saya akan amik bas lagi RM1 dan terus menuju ke sana. Samalah dengan bas mini tadi..Dengan tak de penghawa dingin..huhu, berpeluh-peluh dalam bas tu, hahaha, penumpang dia faham-faham jelah warga asing pun ada..haha.lagi ramai yang guna perkhidmatan itu.. Pernah suatu ketika dulu, aceh-aceh menapak lagi jauh sehingga ke Kuala Lumpur, bunyi macam biasa sangat, bila naik bas, haha sampai terlepas stesen..konon-konon KLCC jauh lagi, rupa dah terlepas beberapa perhentian..sabar jelah, nasib baik orang tu baik hati bagi turun. Hehe.. (malu bertanya sesat jalan) kan dah kena..tula..Haha..

Baru-baru ni, saya kena balik ke Puchong Prima, terdebar-debar pertama kali naik ke perhentian ini. Selalunya saya balik ke Shah Alam, memang rumah ke dua saya kat sana. Bila nak balik puchong ini, macam-macam fikir, dengan tak biasa dengan kawasan ini faham-faham sajalah macam mana perasaan masa tu..huhu. Bas saya ada waktu 3.30ptg dari Johor Bahru..masa tu konvo adik saya Ikah, jadi ada pra-konvo...haha, amik gambar kenangan untuk konvo adik saya meraikan kejayaan dia.Alhmadulillah..berbalik cerita tadi, perjalanan bermula terserempak dengan family Pjot (Hafizah ex-romate masa kat uitm segamat)..bertanya khabar dulu. Kemudian semak la tempat duduk, nak tahu tempat paling belakang sekali, lepas tu kena duduk sebelah lelaki, saya jenis tidak selesa kalau "TERPAKSA" kena buat sesuatu yang tidak suka. Aduhai mengeluh sahaja, masalah lagi penghawa dingin yang amat "PANAS".Dalam ruangan tertutup dalam bas yang penghawa dingin tidak kuat, faham-faham sahaja macam mana, rasa nak lemas, berpeluh-peluh, rasa macam nak turun or ganti tempat duduk lain. Allah tahu macam mana waktu tu, hmmm... kalau perhentian seterusnya berhenti saya tahu, apa saya nak buat..Hahaha..akhirnya berhenti kat macap. "Pak cik econ saya kat belakang xberfungsi saya panas, macam mana nak sampai KL?" Pakcik tu leh cakap, "awak tu yang tak mandi" aduhai berangin betul masa tu, nasib baik kesabaran saya masih tinggi lagi.. sabar2 faiza!! senyap seribu bahasa. menyakitkan hati pakcik ini cakap...huhu. ok, xpe..agaknya Allah dengar rintihan saya, nasib baik ada tempat duduk kat depan sekali kosong. Alhmdulillah, perjalanan diteruskan dengan tidur yang lena..zzZZzz.. :) then waktu dah tunjukkan pukul 8 mlm, gelisah saya, hmm..cmner hendak ke puchong waktu cmni. agak sampai kul berapa ea... (sambil mengaru-garu kepala). saya tidak mahu risaukan family, tapi dalam hati sampai doa dan selawat agar sampai rumah dengan selamat. Perhentian di Bandar tasik selatan, KL, hampir semua turun disitu..seterusnya perhentian di putrajaya, tapi dalam bas tinggal lagi 4 orang, ada kelegaan saya disitu apabila tanya ada seorang lagi penumpang nak turun di puchong..."TAPI!!" kenapa semua turun di perhentian Putrajaya..eh, tak kan tinggalkan saya dan pakcik bas tadi..adeh, bermacam-macam fikiran saya dibuatnya, tiba-tiba muncul kat kepala ini peristiwa yang bukan-bukan dalam berita..Ya Allah jauhkan daripada itu...doa hati kecil ini semoga tidak ada perkara yang tidak dijangka berlaku..amin.

Nasib baik pakcik ini ikhlas nak membantu, Ya Allah baiknya hati dia, walaupun saya tahu dia amat stress disebabkan nak hantar saya, dah berapa putung rokok dia hisap, adeh walaupun saya ini tidak suka bau rokok.."serius". Sabar, "Ini kalau awak lelaki, saya dah tinggalkan awak kat perhentian tadi, pandai-pandai lah awak balik senditi" ayat pakcik tadi.. aGree...macam nie..awk xde ke family ke yang boleh amik? (dorg semua kat JB) Boyfriend? (xde lagi, la...), kwn2 ke..hmm..xde..dorg semua jauh2..arghh..pakcik tolong la saya hantarkan sampai simpang pun jadilah, terima kasih sangat2...

Niat pakcik ini memang ikhlas, senyuman ikhlas dan terima kasih tidak terhingga yang dapat diberikan.. :) , ciap nak bagi saya kat POLIS sebab saya sesat. Bukan saya tak tahu area puchong ini, tahu sikit2..sebab tidak ingat jalan. Faham-faham jelah, saya amik masa nak faham jalan..huhuhu..Akhirnya pakcik tu turunkan saya dekat kawasan perumahan dekat dengan area perumahan tempat rumah kami di puchong. Perasan berbaur gembira bila dah tiba, hehe..pastu kenalah berjalan kali pulak..Macam lipas kudung saya jalan...malam tu dengan tiba rumah dalam pukul 10 mlm..akhirnya. dapat call family syukur tidak terhingga.

Pengalaman naik bas ini, banyak memberikan pengajaran kepada saya. Saya ini kadang-kadang cuai orangnya, handphone pemberian ayah BLACKBERRY klon.. pernah hilang dalam bas. Handphone tu amat bermakna nilainya..HILANG.. sebelum tu NOKIA 660..pun sama. Ya Allah, berat betul ujian ini.. tapi setiap barang yang hilang pasti ada penggantinya..so janganlah stress sangat, cuma kena berjaga setiap barang apa yang kita ada. Kehilangan sesuatu itu amat bererti nilainya..lagi lah kalu dinamakan Hadiah..

Sejak berkereta ini, saya lebih senang nak kemana-mana. Pergi kerja kat Seksyen 9, pun cepat je..huhu, nak ke mall, berkelah je selalu. Time berkerja pun berkelah, pelik bin ajaib, nilah ktorg...haha..memang sweet la..sebelum kerja kalau rajin, saya dan zakiah akan luangkan masa sama, masak untuk makanan tengahari. Bunyinya macam "sempat ke?" jawapan : sempat la..hahaha. Ktorg masak benda yang simple dan mudah..dalam 10 minit dah ciap. Bawak nasi dalam bekas, 3 orang, faiza, liya dan zakiah, lauk bergilir-gilir masak..Seronok, makan kat area Masjid Shah Alam, lepas makan solat Zuhur berjemaah di masjid..Kemudian kembali semula ke tempat kerja. Hari-hari yang bermakna..huhu, baru-baru ini berkelah makan di tasik shah alam, time rehat..haha, xde orang buatkan..tapi ktorg buat. Bukannya apa, belajar berjimat, dan masak sendiri lagi sedap rupanya..dari masakan orang lain..xgitu..huhu.

Suatu hari, saya, liya dan zakiah accident di bulatan Masjid tu..time orang balik kerja. Memang jalan ktorg, pemandu time tu saya..dan saya dah signal ke kiri untuk laluan ke PKNS..so, apa yang terjadi..tiba-tiba ada motor hentam di bahagian kiri tempat sblh pemandu, so nak elakkan penunggang motor tu cedera. Saya elak dan terus naik ke pembahagi jalan sebelah round about..depan tu dah  tiang..BERDERAU DARAH!! panik sudah tentu..mengigil saya ketakutan..arggh..cmner orang tu..berlari keluar tanpa kasut tengok keadaan penunggang motor tadi..Baju dia koyak, moto senget kot, tapi xnak hantar uat rawatan..so dia kata xde pape..LEGA disitu..dan KERETA!! alamak calar,,, T_T , aduhai...kemek, lampu depan pecah yang kecik bawah..tapi perasaan gigil tetap ada. Terima kasih kepada rakan-rakan yang dapat tenteramkan perasaan waktu tu..

Nota 1: Kepada penumpang bas, Baca doa naik kenderaaan dan berhati-hati semasa menaiki bas.
Nota 2 : Pastikan barang yang kita ada cukup, sebelum turun double, triple checking. Jangan keciciran.
Nota 3: Jangan tertidur dalam bas, nanti terlepas perhentian..Hahaha.
Nota 4: Menepati masa, kalau nak naik bas, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat..hurmmm..: /
Nota 5: Kalau naik bas, berteman..jangan sorang-sorang..huhu
Nota 6: Memandu pandulah dengan berhemah, dan ingatlah orang tersayang.

p/s: Terima kasih pakcik bas transnasional JB-KL-PUTRAJAYA-PUCHONG.









-

Saturday, June 18, 2011

KETIKA AKU HARUS MEMILIH

Mencintai karena Allah " Uhibbuki fillah"


Aku pernah berfikir, bahwa setiap manusia pasti ingin memiliki seorang kekasih. Kekasih yang akan terus bersamanya, sehidup semati, dalam suka maupun duka tak mau terpisahkan. Sekarang, aku memilih amal soleh sebagai kekasihku. Karena ternyata hanya amal soleh-lah yang akan terus menemaniku, bersamaku, bahkan menemaniku dalam kuburku, kemudian amal solehku pula lah yang menemaniku menghadap Allah kelak.


Aku pernah berfikir, setiap manusia pastilah punya goresan masalah dengan manusia lain, sehingga wajar jika manusia memiliki musuh masing-masing.

Kini aku memilih menjadikan setan sebagai musuh utamaku, sehingga aku lebih memilih melepaskan kebencian, dendam, rasa sakit hati, dan permusuhanku dengan manusia lain.


Aku pernah selalu kagum pada manusia yang cerdas, dan manusia yang berhasil dalam karier, atau kehidupan duniawinya. Sekarang aku mengganti kriteria kekagumanku ketika aku menyadari bahwa manusia hebat dimata Allah, adalah hanya manusia yang bertaqwa. Manusia yang sanggup taat kepada aturan Allah dalam menjalankan hidup dan kehidupannya.


Dulu aku akan marah dan merasa harga diriku dijatuhkan, ketika orang lain berlaku dzalim padaku, menggunjingkan aku, menyakiti aku dengan kalimat-kalimat sindiran yang disengaja untuk menyakitiku. Sekarang aku memilih umtuk bersyukur dan berterima kasih, ketika meyakini bahwa akan ada transfer pahala dr mereka untukku jika aku mampu bersabar. Dan aku memilih tidak lagi harus khawatir, karena harga diri manusia hanyalah akan jatuh dimata-Nya, ketika dia rela menggadaikan dirinya untuk mengikuti hasutan setan.


Dulu aku yakin, dengan hanya khatam Al Qur'an berkali-kali maka jiwaku akan tercerahkan.

Kini aku memilih untuk mengerti dan memaknai artinya dengan menggunakan akalku, dengan mengaktifkan qolbuku dan mengamalkannya dalam keseharianku, serta senantiasa untuk menyampaikanya. setelah itu aku lakukan maka pencerahan itu baru bisa aku dapatkan.


Ketika aku harus memilih. bantu aku Yaa Rabb, untuk selalu memilih yang benar dimata-Mu.

Pilihkan aku ya Rabb, pendamping yg mencintaiku karena-Mu, yg telah menjagaku dengan tidak bermaksiat denganku (pacaran) sebelum menikah. Dan aku memilih dia, dia-pun memilih aku karena-Mu.


Thursday, June 16, 2011

Walaupun negara dilanda kemarau, salji jatuh pada Snowdon


Snow fell on Snowdon while, right, Wales near drought status


Sebahagian BESAR Wales boleh berada dalam keadaan kemarau tetapi berhampiran di puncak gunung tertinggi di negara itu salji. 

Pelawat ke Snowdon telah bingung hari ini apabila mereka tiba di puncak gunung itu setinggi 1085 mendapati bahawa terdapat salji bertiup sekitar selama satu jam. 

Seluruh Wales, petani, tukang kebun dan pemancing menghadapi salah satu musim yang paling sukar dalam dua dekad yang lalu kerana kekurangan hujan. 

Walaupun hujan baru-baru ini, Wales telah diisytiharkan sebagai dalam status hampir kemarau manakala bahagian-bahagian di England, termasuk kawasan pertanian utama pertanian di East Anglia, menghadapi sekatan air kerana kemarau.
Di bahagian atas Snowdon semalam, visitor Mary Pearce, 62, dari Roath, Cardiff, berkata: "Ia adalah pelik - ia adalah pertengahan bulan Jun, hari sebelum bermulanya Wimbledon dan hanya lebih seminggu sebelum solstis musim panas.
"Tetapi kami, berdiri dengan salji bertiup di sekeliling kita."
Jonathan Tyler, pengurus pusat pelawat Snowdon Mountain Railway di puncak gunung itu, berkata: "Ia bermula pada sekitar waktu tengahari, maka ia snowed untuk kira-kira sejam. Ia tidak sejuk, tetapi orang yang tiba pada sidang kemuncak mencari agak bingung. Ia adalah musim panas di bahagian bawah gunung dan musim sejuk di atas. " 

Krisis yang semakin meningkat di England telah membawa kepada pengguna dan petani menghadapi sekatan air yang semakin meningkat. 

Sementara bahagian utara UK yang berpengalaman "banyak" hujan bulan lalu - dengan Scotland rakaman paling basah di Mei rekod - kebanyakan ia tidak sampai ke tengah dan timur England, kerana sebelumnya dua bulan musim kemarau. 

Kerajaan berkata Cambridgeshire, Lincolnshire, bahagian Bedfordshire dan Northamptonshire, dan Barat Norfolk telah mengalami kemarau, England selepas mengalami musim kering dalam rekod. 

Dalam bahagian penambahan Selatan-Barat, Tenggara, Midlands dan Wales sedang mengalami keadaan yang hampir kemarau, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Defra) berkata.
Seorang jurucakap Agensi Alam Sekitar Wales berkata hujan di sini baru-baru ini telah dielakkan ancaman sekatan paip air serta-merta. 


Beliau berkata: "Ini adalah kerana kebanyakan sungai-sungai telah menyahut baik kepada hujan baru-baru ini dan ia telah membantu untuk mengekalkan simpanan takungan.
"Terdapat peningkatan dalam Selatan-Barat Wales kerana hujan baru-baru ini.
"Sungai mengalir di kebanyakan Tenggara Wales (Wye, Usk dan Ebbw) serta anak sungai yang Dee kekal sangat rendah untuk masa setahun. 

"Syarikat Air di Wales tidak meramalkan keperluan untuk sekatan pelanggan musim panas ini. Semua takungan adalah dalam julat normal. "
Agensi itu berkata ia sedang memantau kesan peringkat rendah di sungai hidupan liar, termasuk ikan dan tumbuhan. 

Sementara itu, Dr Cymru Welsh Air telah mengambil langkah-langkah operasi untuk menguruskan bekalan di Wales serta meningkatkan pengesanan kebocoran dan terus berjalan di user kempen Waterwise.
Dan Adrian Greason-Walker, Wales Pelancongan Perikatan, berkata kekurangan hujan mungkin akan menggalakkan lebih ramai orang di Wales dan UK mempunyai musim panas "staycation", daripada pergi ke luar negara. 

"Orang ramai ingin melihat bukit-bukau hijau kami dan mereka, bersama-sama dengan laluan air pedalaman kami, tasik kecil dan air terjun, boleh terjejas oleh kekurangan hujan. Kebimbangan ialah bagaimana kemarau mungkin boleh menjejaskan habitat dan hidupan liar, "katanya. 
__________________________________________________________________________________

Persoalan yang belum dirungkai, banyak kejadian yang tidak dijangka adalah petanda-petanda Allah memberi peringatan kepada kita bahawa penghujung dunia semakin hampir. Perubahan cuaca dan struktur bumi yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini agar kita merenung kembali ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada kita maksud tersimpan dalam Rahsia Allah.

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin "

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ;
jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang ;
jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah
menjadi kufur ;
kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah ;
jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa ;
kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas ;
kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat ;
kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai
mengumpat ;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya .
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara ..
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta ;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan
juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian . Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia . Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya .