Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Misteri Hujung Jari

Allah sangat Maha Agung, dan Maha Bijaksana..tahukan anda terdapat misteri yang belum terungakai mengenai hujung jari. Setiap manusia mempunyai jenis hujung jari yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Ia akan membezakan setiap individu itu sendiri dari segi warna, bentuk dan lain-lain lagi. Contonya,dalam kes menyiasatan polis apabila berlaku sesuatu kes, polis pasti akan cuba mengesan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa atau suspek.Kini pelbagai teknologi digunakan dalam sistem kehadiran para pekerja melalui(thumbprint) dalam komputer atau mesin.Ia adalah bertujuan untuk memastikan ciri-ciri keselamatan terdapat pada sesuatu objek. Disini akan dijelaskan dengan lebih terperinci maksud misteri hujung jari. Ady ibn Rabi'ah adalah seorang kafir Quraisy yang pernah meminta Rasulullah SAWuntuk menjelaskan tentang Hari Kiamat. Dengan senang hati, beliau pun memenuhi permintaan Rabi'ah tersebut. Namun, setelah Rasul selesai bicara,'Ady Ibn Abi Rabi'ah malah berka

Padah Maksiat

Sambungan daripada Buku Quran Sainstifik ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua padahnya melakukan maksiat. Kini ramai remaja yang terjerumus ke dalam kancah maksiat, lihat sajalah di dada akhbar harian malahan setiap hari ada sahaja berita yang sangat hangat diperkatakan seperti perlakuan seks bebas, sumbang mahram, bunuh-membunuh dan lain-lain lagi.Semua ini telah dibuktikan oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran bahawa tanda-tanda hari kiamat sudah semakin hampir. Sehubungan dengan itu, ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua permasalahan ini apabila melakukan maksiat yang melanggar perintah Allah. Bersikap warak dan meninggalkan sesuatu yang haram tidak merugikan umat Islam sedikit pun sebaliknya ia mendatangkan keuntungan. Hal ini disebabkan, setiap sesuatu yang haramkan pasti mempunyai kemudaratannya. Dalam surah al-A'raf ayat 157, Allah menjelaskan, "Dan (Dia) menghalakan bagi mereka segala yang baik serta mengharamkan segala yang keji."

Cermin Diri

Senyuman itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulangi lagi. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka mujadalah yakin bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. Orang yang sudah hilang sifat marah ( dayus ) cepat

Seribu Kemanisan Iman

Wahai Saudaraku, Berimanlah, kerana iman dapat menghilangkan kecemasan dan menghapus kegundahan. Iman adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengesakan Allah dan pelipur lara orang-orang yang suka beribadah. Apa yang telah berlalu, biarlah. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Tak perlu anda memikirkan apa yang telah berlalu, karena ia telah hilang dan sinarnya. Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan dengan rezki yang telah dibagikan. Segala sesuatu sudah ada ukuranya, maka tinggalkanlah berkeluh kesah. Ketahuilah, bahawa dengan zikir kepada Allah, hati menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan zikir pula, zat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan sinarnya. Jangan pernah mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain. Cukup bagi anda pahala yang diberikan oleh Allah tempat bergantung semua makhluk. Anda tak perlu takut kepada orang kufur, pendendam, dan iri hati. Apabila anda berada pada pagi hari, jangan menunggu datang

Letusan Gunung Berapi Mayon dijangka akan meletus

Baru-baru ini digembarkan suatu berita yang membuatkan kita berasa takut akan kiamat semakin hampir.Letusan Gunug Berapi Mayon di Legazpi, Filipina berlaku dengan aliran laharnya pada 16 Disember 2009.Aliran lahar terus menyusuri kaki gunung berapi Mayon hari ini ketika pakar kerajaan memberi amaran ia mungkin terus meletus selama berbulan-bulan, sekali gus memaksa ribuan penduduk di perkampungan sekitarnya terpaksa menyambut Krismas di pusat pemindahan. Lima letusan kecil dikesan di puncak Mayon pada pagi 16 Dis 2009, kali terakhir dengan pancutan debu setinggi 500 meter ke udara, kata pakar gunung berapi, July Sabit. “Aliran lahar dan ketulan panas masih berlaku. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti letusan gunung berapi. Kemungkinan besar ia akan meletus selama beberapa bulan,” ujarnya lagi. Katanya, letusan kali terakhir Mayon pada 2006 mengeluarkan lahar dan debu selama dua bulan namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.Bagaimanapun debu gunung berapi yang terkumpul menyebabkan t

Ibadah yang Paling Utama

Antara ibadah paling penting yang sering diabaikan oleh umat Islam adalah meninggalkan yang haram. Dalam Ulumuddin , diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin , Aisyah, yang berkata, "Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak." Warak bermaksud menjauhi sesuatu yang haram serta mempunyai unsur syubhah (iaitu yang meragukan). Pengambilan benda yang meragukan ataupun yang haram merosakkan ibadah. Sahabat Abdullah bin Omar berkata, "Sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak diterima melainkan apabila disertakan dengan warak yang mendinding." Imam Sufyan at-Thauri juga mengingatkan umat Islam mengenai perkara yang sama. Beliau berkata,"Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing. Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perkara

Compact Disk Semesta

Tahukan anda apakah kegunaan Compact Disk, daripada pembacaan saya dalam bukti kebenaran Al-Quran dan Hadis.Menceritakan beberapa waktu Dr.Masaru Emoto menggegarkan dunia melalui penemuannya. Bersama Kazuya Ishibashi, lelaki jepun ini berhasil mengidentifikasikan kemampuan air yang dapat merespone serta merakam informasi dari sekitarnya, termasuk informasi yang disampaikan manusia.Air akan tampak "bahagia'jika diinformasikan hal-hal positif sehingga struktur air pun akan membentuk kristal-kristal air yang sangat indah. Tapi, air akan tampak 'sedih' jika diinformasikan hal-hal negetif, seperti cacian, kata-kata kasar, muzik heavy mental dan sebagainya.Struktur molekul air pun akan menjadi rosak dan tidak beraturan.Simpulannya air memiliki kecerdasan. Molekul-molekul Air Pertanyaanya, jika air mampu merespons serta merakam informasi, bagaimana dengan unsur-unsur lain di alam? Apakah mereka pun memiliki kecerdasan untuk melakukan hal serupa. Jawabnya. Ya! Tidak hanya air

Media Massa Merangsang Seks Bebas

Pronografi menjadi sebuah industri yang besar pada hari ini. Segala bentuk media massa digunakan bagi menyalurkan adegan-adegan lucah. Pada tahun 2003, 83 peratus episod yang ditayangkan dalam rancangan TV diminati remaja belasan tahun di Amerika mengandugi gambar-gambar lucah dan 20 peratus daripadanya menunjukkan adegan hubungan seks secara jelas.Disamping itu, unsur-unsur seks juga terdapat dalam lagu-lagu yang diminatiremaja pada hari ini. Sebagai contoh, pada tahun 1999, 42 peratus daripada lagu-lagu Inggeris yang popular mengandungi lirik-lirik lucah dan 19 peratus daripadanya menceritakan mengenai hubungan seks. Hal ini dinyatakan di Focus Adolescent Service (Online)di www.focusas.com. Pada hari ini, antara media yang begitu ghairah memaparkan gambar-gambar dan adegan-adegan lucah adalah internet. Mengikut Internet Filter Review 2006, di bawah tajuk Internet Potnography Statistic, terdapat 4.2 juta laman web dengan 372 juta helaian keseluruhannya (pages) yang memaparkan adegan-a

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

Pensyariatan Jihad dalam Islam

Saat pertama kali saya membaca artikel ini, jiwa terasa sekali ingin berjuang seperti orang-orang islam di Palestin, menentang musuh-musuh Islam demi untuk mencapai keamanan yang telah dirampas berpuluh-puluh tahun. Masyarakat di tindas dari segi makanan, ekonomi malahan tempat tinggal di robek dengan begitu kejam sekali. Adakah selama ini anda sedar untuk bangkit berjuang bersama-sama untuk menegakkan syiar ISLAM? Tanggungjawab sebagai khalifah Allah sangat besar. Marilah kita berfikir sejenak matlamat kita dijadikan, sesungguhnya peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Islam sehingga akhir hayatnya. "Umatku, Umatku, Umatku". Mari bersama kita berkongsi maksud jihad. Ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi SAW yang sahih banyak yang menerangkan perihal keistimewaan jihad dan mujahidin, sehingga ianya dapat menimbulkan cita-cita yang luhur serta dapat menggerakkan hati nurani ntuk bergerak ke medan jihad fi Sabilillah dan dengan penuh kejujuran mereka melancarkan j

Banjir di Jeddah, Arab Saudi

Assalaamu’alaikum w.b.t…….Pertama kali melihat banjir yang begitu dasyat di Mekah ada kalanya saya berfikir, bagaimana ia boleh terjadi sebegini. Semuanya ini kekuasaan Allah. Allah maha mengetahui tiap-tiap sesuatu kejadian agar manusia mengambil pengajaran dan berasa kebesaran Allah yang Maha Esa. Ada pelbagai video banjir di Youtube "FLOODS IN JEDDAH berlaku pada 25/11/2009" tetapi yang ini rasanya patut ditonton oleh semua orang kerana kelajuan airnya jauh lebih dasyat dari banjir yang melanda di Malaysia. Biasanya banjir di Malaysia kita ini hanya tenggelam kereta dan motor, tetapi tidak sampai kelajuan airnya malahan airnya begitu deras hingga dapat menghanyutkan pelbagai kenderaan berat termasuk van , jeep dan kenderaan-kenderaan besar lain, subhanallah. Adakah kita sedar bahawa inilah tanda-tanda kecil kiamat yang sudah hampir dengan kita. Semua kejadian telah berlaku setiap hari, cuma kadang-kadang kita leka untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah. Sesungguhnya
Selawat Junjungan Album : Impian Kasih Munsyid : In-Team Ya Nabi salamun'alaik Ya Rasul salammun'alik Ya Habib salammun'alik Sollawatullahi'alaik Di mulakan dengan selawat Ke atas Nabi syafi'ul ummat Moga diberkati hidupku Selamat di dunia dan akhirat Pergimu tiada penganti Hilanglah seri buana ini Kaulah penyeri kaulah purnama Yang menerangi hidup manusia Lahirmu dijanjikan Allah Membawa rahmat sekelian alam Membina ummat yang bertamadun Kaulah Nabi kekasih Allah Walau ujian melanda Kau sabar menghadapinya Kau contoh sebaik ummat Tauladan sepanjang zaman Walau kau tiada lagi Kau tetap disanubari Jasamu terlalu agung Namamu tetap di hati Lagu & Lirik : Munif Ahmad Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Roda Kereta Firaun Ditemukan Dilaut Merah

Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini. Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmuseum.com/ron-wyatt.htm ) pada akhir tahun 1988 silam mengakui bahawa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya. Menurut pengakuannya,selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir’aun yang tenggelam di laut Merah.Apalagidari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlo

Kesan Minum Berdiri

Daripada pembacaan saya dalam buku,Misteri Keajaiban Dunia penulis oleh Mohammad Sodikin Rahman,menurutnya."Ketika saya ikut kajian kesihatan akupunktur yang diadakan salah satu ahli akupuntur. Saya baru sedar, mengapa Rasullah melarang umatnya minum berdiri. Dalam Hadis disebutkan "Janganlah mium berdiri". Ini dibuktikan dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan secara duduk akan disaring oleh sfingter.Sfingter adalah suatu sturktur maskuler(berotot) yang boleh membuka (sehingga air kernih boleh lalu) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada 'pos-pos' penyaringan yang berada di ginjal. Nah.Jika kita minum berdiri. Air yang kita minum tanpa disaring lagi. Terus menuju pundi kencing. Ketika terus menuju kandungan kemih, maka terjadi pemendapan di saluran ureter. Kerana banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter. Inilah yang menyebabkan penyakit batu karang. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.