Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

Sabda HATI kecil

Aku ingin berlari Di tengah padang rumput hijau Aku ingin terbang sebebasnya Di langit luas tanpa batas Aku ingin merasakan Kebebasan sejati dunia ini Dan hati kecil yang ceria Tanpa lelah yang meraja duduk Biar kuharungi lautan Samudera luas yang terhampar Di bumi persada hidupku Biar kujelajahi Rahsia hikmah alam semesta Walau antartika tak berujung Karena diriku ingin bersenandung Sabda hati Tuhan Yang Maha Agung

sahut cabaran

Hari ini..salah satu hari berdebar-debar sangat. Mana tak nya hari ini kena present topic yang paling interesting bg aku iaitu FYP pasal fingerprint. Tqvm my friend, supervisor dan family support aku untuk uat yang terbaik FYP ni. Haha..rasanya memang banyak lagi perlu improve..techniques2. mampu ke kamu nak siapkan teknik ni dalam 6 bln? Hmm..terdiam disitu.. so, aku perlu ubah ikut kemampuan aku dulu..sbgi student aku kena byk benda kena belajar perkara baru.. itulah baru dikatakan cabaran..apa lagi sahut cabaran tu! :)

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

saat yang berlalu..

Terasa lama aku sudah berfikir nak tulis dalam blog ini, idea yang difikirkan membuatkan aku tiba-tiba pantas hendak menaip diruangan sebegini. Aku bukanlah penulis yang hebat, sekadar menulis ingin mengeluarkan rasa apa yang terbuku dihati. Apa kan tidak, aku rasa sudah lama aku tak mencurahkan idea untuk menulis serba-sedikit mengenai pengalamanku. Aku terasa banyak benda yang bermain difikiranku, walaupun sudah banyak pengalaman sepanjang hidup ini perjalanaku masih panjang. Dugaan diakhir zaman ini sangatlah mencabar banyak sangat fitnah, pembunuhan dan perselengketaan berlaku sesama mereka sendiri. Setiap detik dan waktu di dunia telah direkodkan untuk dihitung di akhirat kelak. Apakah yang terjadi disana nanti? Bagaimana persediaan anda sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini? Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8, Maksudnya: “ Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesala

Siapa dia Mustafa Kemal Atatürk

1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau a