بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. ASTRONOMI
Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik).
Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll.
2. ASTROLOGI
Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia. Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll.
Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer) untuk di gunakan oleh orang2 yang mempercayainya. Astrologer inilah sebenarnya di kenali sebagai Ahli Nujum/ Tukang Tilik/ Tukang Tenung Nasib.
Bentuk inilah yang termasuk didalam Ilmu Tenung Nasib yang diharamkan.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Orang yang datang kepada ahli nujum dan bertanya kepadanya sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari (Muslim)”
Mempercayai kata2 Ahli Nujum/Horoskop menjadikan seseorang itu syirik dan kufur. Wal Iyazhubillah.!!!
Wallahu A’lam
Comments