Skip to main content

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Nabi (part 1)

Beberapa fakta sejarah

        Disana terdapat bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa riwayat hidup Rasulullah s.a.w sebelum dilantik menjadi Nabi adalah sebagai berikut;

1. Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang termulia di kalangan orang Arab, malahan daripada anak cucu Bani Hasyim iaitu keturunan yang paling mulia daripada suku bangsa kabilah, sabaik-baik keturunan dan setinggi-tinggi kedudukan di kalangan orang Arab.

Didalam sebuah hadih yang diriwayatkan oleh Al Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya Allah s.w.t telah mencipta segala kejadian, lalu dijadikan aku yang sebaik-baiknya dan daripada golongan yang terbaik pula. Kemudian Allah memilih suku bangsa, lalu dijadikan aku daripada sebaik-baik suku bangsa. Kemudian Allah memilih keluarga, lalu dijadikan aku daripada sebaik-baik keluarga. Maka jadilah aku sebaik diri daripada sebaik-baik keluarga daripada keluarga mereka".
(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dengan Sanad yang Sahih)

    Oleh kerana kedudukan keturunannya yang mulia di sisi orang Arab Quraisy inilah, maka kita tidak dapati sebarang celaan dan tuduhan terhadap keturunan baginda Rasulullah s.a.w. kerana hal yang demikian jelas pada mereka, sebaiknya segala celaan dan tuduhan yang diadakan itu adalah dari aspek-aspek yang lain.

2.  Bahawasanya baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan dan dibesarkan di dalam keadaan yatim, kerana bapanya Abdullah meninggal dunia semasa baginda baru berusia dua bulan didalam kandungan ibunya. Apabila baginda mencapai umur enam tahun meninggal pula ibunya Aminah. Betapa pahitnya kehidupan baginda di masa kecilnya, kerana kehilangan belai kasih daripada dua ibu bapa. Setelah itu, baginda berada pula di bawah jagaan nendanya Abdul Mutalib, kemudian tidak lama selepas itu nendanya pula meninggal dunia sewaktu baginda berumur lapan tahun.Lalu bapa saudaranya Abu Talib pula mengambil alih tugas penjagaannya hingga baginda terus membesar dan meningkat remaja.

  Keadaan yang yatim ini Allah s.w.t paparkan dalam Al-Quran dengan firmannya;

"Bukankah aku mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu". (Surah Ad Dhuha:6)

3.  Empat tahun pertama daripada masa kanak-kanak baginda Rasulullah s.a.w belalu dengan hidup bersama-sama keluarga Bani Saad di padang pasir. Di sanalah baginda mengalami pertumbuhan jasmani dan perkembangan rohani dengan tubuh badannya yang tegak dan gagah, sihat dan kuat. Lidahnya fasih dan lancar, hatinya berani malah baginda sejak kecil lagi pandai menunggang kuda. Dengan demikan terserlahlah bakat-bakat baginda yang terpendam hasil dari kesucian dan ketenangan padang pasir yang disinari pancaran panas matahari dan tiupan angin yang kencang.


Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan