Terasa lama aku sudah berfikir nak tulis dalam blog ini, idea yang difikirkan membuatkan aku tiba-tiba pantas hendak menaip diruangan sebegini. Aku bukanlah penulis yang hebat, sekadar menulis ingin mengeluarkan rasa apa yang terbuku dihati. Apa kan tidak, aku rasa sudah lama aku tak mencurahkan idea untuk menulis serba-sedikit mengenai pengalamanku.
Aku terasa banyak benda yang bermain difikiranku, walaupun sudah banyak pengalaman sepanjang hidup ini perjalanaku masih panjang. Dugaan diakhir zaman ini sangatlah mencabar banyak sangat fitnah, pembunuhan dan perselengketaan berlaku sesama mereka sendiri. Setiap detik dan waktu di dunia telah direkodkan untuk dihitung di akhirat kelak. Apakah yang terjadi disana nanti? Bagaimana persediaan anda sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini?
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8, Maksudnya:

“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Apabila membaca surah ini, pintu taubat masih lagi terbuka luas. Allah s.w.t menerima taubat hambanya yang bersungguh-sungguh dalam segi perbuatan, perlakuan dan perkataannya. Kerana sebenar-benar taubat adalah tempat yang mulia disisi Allah. Subahana'Allah..
Comments