Skip to main content

Mencari makna hidup




Segala puji dan syukur kepada Tuhan yang maha pengasih atas rahmat serta hidayahnya. Sudah lama tidak menghabiskan masa menulis dalam blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin luangkan masa bersama dengan anda berkongsi tentang makna hidup.


Tanpa sedar, kita sudah masuk dan hidup dalam zaman yang penuh pancaroba. Tingkah laku manusia yang semakin tidak keruan amat membimbangkan. Cara manusia memandang dirinya semakin pudar. Sudah sering berlaku di mana sesorang terlalu mudah menganggap dirinya tidak berguna, sesorang yang gagal malah muncul perasaan mahu mengakhiri hidup kerana ada waktu-waktunya berasa hidup ini sudah tidak bermakna.



Daripada sudut lain, ramai juga manusia yang cenderung bersahabat dengan musuh yang ada dalam dirinya sendiri hingga walau ke mana dia melangkah, musuh itu sentiasa ada di sampingnya. Sewaktu muncul perasaan dan dorongan berbuat baik dalam hati, ada pula rintangan.Itulah musuh manusia yang dating dari dalam dirinya. Bagi menyingkap perkara ini, kadang-kadang manusia perlu tegas ke atas dirinya. Dia perlu dapat menawan kemahuan hatinya. Sebagai contoh, semasa mahu bangun daripada tidur pada waktu subuh, ada kemahuan ‘lain’ mahu menarik selimut dan tidur kembali. Bukankahini tarikan yang cenderung menjadikan kita tidak dapat berkembang dengan baik? Itulah sebabnya perkara utama adalah bagaimana kita menerima keadaan ini sekali gus ‘melawan’ tarikan-tarikan itu yang membuat kita tidak dapat berkembang dengan baik dan sempurna. Oleh itu, kita memerlukan orang yang rapat dengan kita bagi menyokong dan mahu melihat kita berjaya.


Kita mungkin mendapat sedikit pengajaran daripada kisah seekor rusa. Semasa anak rusa dilahirkan, ia terus jatuh ke tanah dan ditiup udara yang dingin, tanah yang kasar serta angin yang kencang. Semua keadaan ini tidak pernah dialaminya selama berada di dalam kandungan ibunya. Namun si anak berharap si ibu melindunginya. Tetapi, apakah yang berlaku? Si ibu menendang hingga si anak jatuh berguling-guling.

 Si anak rusa berasa hairan bukan kepalang. Belum rasa hairannya hilang, ia ditendang lagi oleh si ibu hingga jatuh, tetapi ia berusaha bangkit dan berjalan. Tiba-tiba ibunya berlari lalu mengejarnya dan menendangnya lagi. Si anak segera tahu sekiranya ia berusaha bangkit, ibunya segera menendangnya. Maka, sebelum ibunya mengampirinya,si anak berusaha melarikan diri. Mungkin pendidikan si ibu rusa terasa sedikit kasar. Tetapi, apakah hikmah yang dapat diambil? Ternyata haiwan liar suka membaham anak rusa yang baru lahir. Itulah sebabnya mengapa si ibu tidak mahu anaknya mati sia-sia sebelum dapat berjuang.


Hidup ini suatu perjuangan. Tidak ada kejayaan yang dapat diraih tanpa perjuangan, tiada hasil dalam hidup tanpa keringat dan air mata. Malah Thomas Alva Edison berkata kejayaan adalah 1 peratus kepintaran dan 99 peratus adalah usaha keras. Semakin kita berjuang untuk hidup, semakin hampir kita menemukan erti kehidupan yang sebenarnya. Manusia yang mempunyai cara pemandangan optimis dan meletakkan perjuangan hidup sebagai sebahagian daripada dinamik hidup, melihat setiap hari hidup kian berisi dan bererti serta membuahkan kebaikan kepada orang disekelilingnya.Ibarat seuncang teh, ia hanya mengeluarkan sarinya selepas dicelup dalam air panas. Demikianlah halnya dengan hidup ini, kadangkala merasai kepayahan dan pahit getir kehidupan sebelum memahami kehidupan sebenarnya.







Comments

faiza said…
betul2.. hayati segala pengajaran yang boleh diambil dari sini

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan