Skip to main content

Solat dan Meditasi

Menurut penulisan Dr.Daniel Zainal Abidin dalam bukunya Quran dan Saintifik.Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967, professor Dr.Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard , membuat kajian ke atas 36 orang yang bermeditasi . Beliau mendapati mereka menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa, dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.Gelombang theta ialah gelombang yang wujud apabila sesorang berada di saat yang menenangkan terutamanya semasa hampir terlena. Di dalam buku beliau, The Relaxation Respone, Dr Herbert Benson menyatakan meditasi mampu mengawal tekanan dan menjadikan sesorang lebih tenang lagi ceria.

Beberapa tahun selepas itu, kajian susulan dibuat oleh pakar psikiatri, Dr Gregg Jacobs, juga dari Fakulti Harvard. Beliau mendapati semasa bermeditasi aktiviti di loba otak bahagian frontal (iaitu bahagian yang berkaitan dengan perancangan, perasaan dan kesedaran) menjadi tidak aktif dan aktiviti di loba pariental (iaitu bahagian yang menerima maklumat dari luar dari luar di samping member kesedaran tentang masa dan ruang) berkurangan. Pada masa itu otak menjadi pasif dan mereka yang bermeditasi berasa seolah-olah sedang bersatu di alam semesta.
Majalah The Times bertarikh 4 Ogos 2003 melaporkan beberapa kajian menunjukkan meditasi mencegah seseorang daripada pelbagai serangan kuman. Malah salah satu kajian itu menunjukkan sel-sel anti-kanser payu dara meningkat selepas bermeditasi.
Kajian yang melibatkan 90 orang pesakit kanser juga dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesungulan, keresahan dan kemarahan berbanding kumpulan yang tidak bermeditasi. Tambahan daripada itu mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenanga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada system penghadaman. Kajian ini diterbitkan di dalam majalah Psychosomatic Medicine tahun 2000.
Penemuan-penemuan ini merangsang ramai orang di barat, termasuk para intelek dan ahli-ahli koporat, bagi melakukan meditasi dari masa ke semasa. Victor Davich di dalam bukunya Eight Minutes That Will Change Your Life mencadangkan supaya setiap individu bermeditasi selama lapan minit setiap hari bagi mencapai kesejahteraan dalam hidupnya.
Solat serta zikir dan khusyuk dapat diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat dan zikir yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat dan zikir yang dilakukan oleh umat Islam adalah satu ibadah. Kalimat-kalimat zikr yang disebutkan adalah pilihan Allah dan rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang bakal diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Hal ini dinyatakan oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

Comments

fareast said…
wah, info yang menarik.

Insyaallah solat yang khusyuk itu amat penting dalam memberi ketenagna kepada kita.

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan