Skip to main content

Padah Maksiat



Sambungan daripada Buku Quran Sainstifik ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua padahnya melakukan maksiat. Kini ramai remaja yang terjerumus ke dalam kancah maksiat, lihat sajalah di dada akhbar harian malahan setiap hari ada sahaja berita yang sangat hangat diperkatakan seperti perlakuan seks bebas, sumbang mahram, bunuh-membunuh dan lain-lain lagi.Semua ini telah dibuktikan oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran bahawa tanda-tanda hari kiamat sudah semakin hampir. Sehubungan dengan itu, ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua permasalahan ini apabila melakukan maksiat yang melanggar perintah Allah.


Bersikap warak dan meninggalkan sesuatu yang haram tidak merugikan umat Islam sedikit pun sebaliknya ia mendatangkan keuntungan. Hal ini disebabkan, setiap sesuatu yang haramkan pasti mempunyai kemudaratannya. Dalam surah al-A'raf ayat 157, Allah menjelaskan, "Dan (Dia) menghalakan bagi mereka segala yang baik serta mengharamkan segala yang keji."
Justeru, rugilah mereka yang bergelumang dengan maksiat. Berhubung dengan ini nabi berkata, "Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke atas seseorang yang melakukan maksiat. Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan kebaikan." Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah.

Demikan juga keadaannya dengan kota atau negeri yang penduduk-penduduknya bergelumang dengan maksiat. Allah menimpakan bala serta menyempitkan pintu-pintu rezeki ke atas penduduk itu.


Berhubung dengan ini Allah menjelaskan dalam surah an-Nahl ayat 112 yang bermaksud, " Dan Allah membuat satu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang secara mencurah-curah daripada segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah. Kerana itu Allah menimpakan pakaian kelaparan dan ketakutan ke atas mereka lakukan.


Antara contoh yang dapat kita jadikan iktibar adalah kaum Lut di Kota Sodom. Nabi Lut diutus bagi menyampaikan risalah Allah kepada mereka. Namun, mereka menolak dakwah Nabi Lut dan bergelumang dengan amalan seks bebas. Kesannya adalah Allah memusnahkan mereka dan kesan kehancuran kaum Lut ini ditemui di kawasan Laut Mati.


Berhubung dengan ini, dalam surah Hud ayat 82, Allah menjelaskan, "Maka apabila datang azab kami, kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (yakni kami balikkan) dan kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar secara bertubi-tubi."




Azab yang menyebabkan kota kaum Lut dibalikkan selari dengan kejadian gempa bumi dan azab berbentuk hujan batu tanah yang terbakar pula selari dengan kejadian letupan gunung berapi. Semasa mengkaji kesan kehancuran kaum Lut di kawasan Laut Mati, pakar aekeologi dari Jerman, Werner Keller mengesahkan kejadian kedua-dua melapetaka ini. Beliau berkata, "Kehancuran kaum Lut berlaku disebabkan oleh satu gempa bumi yang kuat diikuti dengan letupan besar, kebakaran dan pengeluaran gas." Hal ini dinyatakan oleh Harun Yahya di dalam Perished Nation.

Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan