Skip to main content

Misteri Hujung Jari




Allah sangat Maha Agung, dan Maha Bijaksana..tahukan anda terdapat misteri yang belum terungakai mengenai hujung jari. Setiap manusia mempunyai jenis hujung jari yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Ia akan membezakan setiap individu itu sendiri dari segi warna, bentuk dan lain-lain lagi. Contonya,dalam kes menyiasatan polis apabila berlaku sesuatu kes, polis pasti akan cuba mengesan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa atau suspek.Kini pelbagai teknologi digunakan dalam sistem kehadiran para pekerja melalui(thumbprint) dalam komputer atau mesin.Ia adalah bertujuan untuk memastikan ciri-ciri keselamatan terdapat pada sesuatu objek. Disini akan dijelaskan dengan lebih terperinci maksud misteri hujung jari.

Ady ibn Rabi'ah adalah seorang kafir Quraisy yang pernah meminta Rasulullah SAWuntuk menjelaskan tentang Hari Kiamat. Dengan senang hati, beliau pun memenuhi permintaan Rabi'ah tersebut. Namun, setelah Rasul selesai bicara,'Ady Ibn Abi Rabi'ah malah berkata dengan nada yang menghina,'Seandainya aku menyaksikan hari itu, nescaya aku tidak percaya. Apakah mungkin Allah akan menghimpunkan kembali tulang-tulang orang yang sudah mati?".

Penyangkalan Rabi'ah ini dijawab langsung oleh Allah SWT;'Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.'(QS Al Qiyamah [75]:3-4). Jawapan ini sangat menggeletik hati. Mengapa Allah SWT menyebut jari-jemari sebagai contoh kekuasaan-Nya? Mengapa Dia tidak menyebut anggota tubuh lain? Wallaahua'alam. Hanya Allah saja Yang Maha Tahu. Yang pasti ada hikmah di sebalik penyebutan jari-jemari tangan ini.




Alhamdulillah, ilmu pengetahuan sedikit demi sedikit mampu membuka rahsia yang tersirat dalam ayat tersebut. Ternyata jari-jemari manusia termasuk anggota badan yang paling sukar dibina. Susunannya teramat unik dan kompleks. Kerana itu, tidak hairan jika Allah SWT menyebut jari-jemari sebagai misalan. Dia ingin menegaskan kepada orang kafir, bahawa tidak hanya menghidupkan kembali orang yang sudah mati, membina bahagian tubuh yang paling sulit pun sangat mudah bagi-Nya.Tidaj ada yang tidak mungkin bagi Zat Yang Maha Kuasa.

Jari-jemari manusia pun, Allah hiasai hujung-hujungnya dengan kuku-kuku yang indah dan lembut. Tentunya, kuku bukanlah sekadar hiasan yang tidak memiliki kegunaan. Permukaan kasar pada hujung jari dan kuku membantu kita memungut benda kecil. Kuku memiliki peranan yang sangat penting dalam mengatur tekanan yang lemah yang dikerahkan jari pada benda yang dipegangnya. Sebagai contoh, bolehkah kita memungut jarum di lantai jika tangan jari-jemari kita tidak berkuku.

Hal menarik lainnya, selain memiliki susunan tulang yang sangat kompleks serta kuku-kuku yang indah, jari-jari tangan pun memiliki kulit yang berbeza dengan kulit-kulit tubuh yang lainnya. Kita menyebutnya sebagai 'cap jari'. Penekanan pada cap jari mempunyai erti khusus. Cap jari manusia sangat unik, kerana setiap orang memiliki perbezaan. Tidak ada cap jari yang sama. Itulah sebabnya cap jari dijadikan sebagai bukti identiti yang sangat peribadi, termasuk menentukan pelaku jenayah, identifikasi orang hilang, serta menjejak manusia.

Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh orang2 yang memperc

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan