Skip to main content

Posts

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan...

Nabi Sulaiman Memahami Pembicaraan Semut

Ketika Nabi Daud meninggal dunia, di antara putera-puteranya, hanya Sulaiman yang mewarisi kenabian dan kerajaan. Ketika Nabi Sulaiman berkuasa atas kerajaan, ia menjemput pembesar-pembesar dan kaum cerdik pandai yang ada dalam kerajaannya, Ia berkata kepada mereka sebagai pujian atas kelebihannya: Allah telah melebihkan aku dengan mengajarkan bahasa binatang dan burung kepadaku, sehingga aku dapat memahami apa yang mereka bicarakan. Ini adalah tambahan nikmat Allah terhadap kerajaan dan kenabian yang Allah berikan kepadaku. Sesungguhnya nikmat-nikmat yang agung ini adalah kurnia dan kebaikan-Nya, yang jelas nampak pada setiap orang. Pada suatu hari Nabi Sulaiman memanggil bala tenteranya. Ia bermesyuarat dengan mereka yang terdiri dari jin, manusia dan burung-burung untuk mentaatinya. Kemudian berjalanlah Nabi Sulaiman bersama pasukannya hingga tiba pada suatu lembah yang banyak semut di dalamnya. Ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: "Hai semut lihatlah it...

Bas, Kereta Dan Saya

Dah lama saya tidak berblog disini. Dengan kekangan masa selalu terbatas nak meluahkan apa yang terpendam disini. Saya ini bukan yang terlalu obses dalam memblog ini. Tapi, saya akan cuba kongsi apa yang saya rasa untuk anda semua. Haha :) , cmner nak mula ea... (tangan dah xsabar nak menaip) huhu.. Terima kasih pada ayah, sebab bagi kepercayaan nak bagi kereta kancil. Sepanjang hidup ini, memang berangan nak berkereta sejak dari kecik lagi. Pernah juga mengeluh disebabkan terlalu penat naik bas nak kelas dulu, hmm...terpaksa berhempit, dan pernah suatu ketika dulu tersepit kat pintu bas...aaahhh sedihnya sampai "LEBAM KAKI"..akibat tersepit, tertinggal bas memang dah jadi rutin la..jangan la nak kata, betapa sedihnya bila tertinggal bas walaupun hanya berapa saat dia lalu.. Terima kasih zakiah, sebab dialah yang kongsi suka duka masa naik bas dulu. Kalau hujan, berpayung pun rasa dah macam dah tidak berpayung..huhu..kuyup sampai rumah.. :^ , sejuk tahu jelah kan..jarak ru...

KETIKA AKU HARUS MEMILIH

Mencintai karena Allah " Uhibbuki fillah" Aku pernah berfikir, bahwa setiap manusia pasti ingin memiliki seorang kekasih. Kekasih yang akan terus bersamanya, sehidup semati, dalam suka maupun duka tak mau terpisahkan. Sekarang, aku memilih amal soleh sebagai kekasihku. Karena ternyata hanya amal soleh-lah yang akan terus menemaniku, bersamaku, bahkan menemaniku dalam kuburku, kemudian amal solehku pula lah yang menemaniku menghadap Allah kelak. Aku pernah berfikir, setiap manusia pastilah punya goresan masalah dengan manusia lain, sehingga wajar jika manusia memiliki musuh masing-masing. Kini aku memilih menjadikan setan sebagai musuh utamaku, sehingga aku lebih memilih melepaskan kebencian, dendam, rasa sakit hati, dan permusuhanku dengan manusia lain. Aku pernah selalu kagum pada manusia yang cerdas, dan manusia yang berhasil dalam karier, atau kehidupan duniawinya. Sekarang aku mengganti kriteria kekagumanku ketika aku menyadari bahwa manusia hebat...

Walaupun negara dilanda kemarau, salji jatuh pada Snowdon

Read More http://www.walesonline.co.uk/news/wales-news/2011/06/11/while-country-is-hit-by-drought-snow-falls-on-snowdon-91466-28859662/#ixzz1PY36ERug Sebahagian BESAR Wales boleh berada dalam keadaan kemarau tetapi berhampiran di puncak gunung tertinggi di negara itu salji.  Pelawat ke Snowdon telah bingung hari ini apabila mereka tiba di puncak gunung itu setinggi 1085 mendapati bahawa terdapat salji bertiup sekitar selama satu jam.  Seluruh Wales, petani, tukang kebun dan pemancing menghadapi salah satu musim yang paling sukar dalam dua dekad yang lalu kerana kekurangan hujan.  Walaupun hujan baru-baru ini, Wales telah diisytiharkan sebagai dalam status hampir kemarau manakala bahagian-bahagian di England, termasuk kawasan pertanian utama pertanian di East Anglia, menghadapi sekatan air kerana kemarau. Di bahagian atas Snowdon semalam, visitor Mary Pearce, 62, dari Roath, Cardiff, berkata: "Ia adalah pelik - ia adalah pertengahan bulan Jun, hari sebel...

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin " Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ; jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan . Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ; kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah ; jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia . Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ; kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas ; kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah . Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat ; kalau mahu memperkatakan hal orang , be...

Dulu Kemarau Kini Dihujani Salji=PETANDA KEDATANGAN IMAM MAHADI

Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya. Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T. Mengapa kami mengatakan sedemikian? Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah dicakapkan 1400 tahun yang lalu.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad pernah berkata: "Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan, maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi. [Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bu...
Ku harap kamu tahu, Diamku kerana Ilahi, Dan kuharap kamu juga mengerti, Diamku juga tersirat erti, Ku mengharap keredhaan-Nya, Sentiasa menaungi Cinta Tulus ini, Terpelihara dari noda-noda khayalan, Yang boleh mencemari syariat, Lantaran itulah, Ku tepis lagi rindu ini...

Ku Berharap Padamu Ya Allah

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan , Tuhan, ...ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan, Tuhan, aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi mengapa aku tidak amalkan Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan Jadikanlah aku bertambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin " Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ; jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan . Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ; kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah ; jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia . Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ; kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas ; kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah . Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat ; kalau mahu memperkatakan hal orang , be...

Kita Terperangkap dalam zon selesa

Bila menyelusuri beberapa buah blog dan tulisan di dalam facebook teman-teman, sudah ada di kalangan mereka yang mencatat betapa masa begitu pantas berlalu. Baru tersedar bulan November sudah menjengah. Tak lama nanti, Disember pun menyusul dan tahun 2011 akan pergi dalam lipatan kalendar. Ya, masa itu begitu cepat berlari, andainya kita hanya berpusing di atas paksi yang sama, berkitar dalam orbit yang serupa. Jika dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan kita lakukan perkara yang sama secara berulang-ulang, maka kita sudah jadi umpama robot. Begitulah kita, bila kehidupan sudah dicarta oleh suasana di sekeliling. Rutin bangun pagi, gosok gigi, pergi kerja, makan tengahari, sambung kerja, pulang ke rumah, makan malam, menonton TV dan kemudian tidur akan dilakukan setiap hari. Kita lalui ia tanpa jemu-jemu. Tanpa sedar kita lakonkan skrip perulangan ini dengan rela hati kerana kita berasa selamat di dalam acuan yang kita cipta sendiri. Zon selesa sudah menjadi ...

Untukmu Rasulullah

Cinta Tanpa Syarat

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”  (Al-Israa’ 17: 24) S eorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT. Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan. Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. ...

Gambaran Hari Kiamat..

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak ...