Skip to main content

Bas, Kereta Dan Saya

Dah lama saya tidak berblog disini. Dengan kekangan masa selalu terbatas nak meluahkan apa yang terpendam disini. Saya ini bukan yang terlalu obses dalam memblog ini. Tapi, saya akan cuba kongsi apa yang saya rasa untuk anda semua. Haha :) , cmner nak mula ea... (tangan dah xsabar nak menaip) huhu..


Terima kasih pada ayah, sebab bagi kepercayaan nak bagi kereta kancil. Sepanjang hidup ini, memang berangan nak berkereta sejak dari kecik lagi. Pernah juga mengeluh disebabkan terlalu penat naik bas nak kelas dulu, hmm...terpaksa berhempit, dan pernah suatu ketika dulu tersepit kat pintu bas...aaahhh sedihnya sampai "LEBAM KAKI"..akibat tersepit, tertinggal bas memang dah jadi rutin la..jangan la nak kata, betapa sedihnya bila tertinggal bas walaupun hanya berapa saat dia lalu.. Terima kasih zakiah, sebab dialah yang kongsi suka duka masa naik bas dulu. Kalau hujan, berpayung pun rasa dah macam dah tidak berpayung..huhu..kuyup sampai rumah.. :^ , sejuk tahu jelah kan..jarak rumah dengan bustop boleh la tahan jauh cikit..Kalau dulu first2 macam-macam yang rapidbas punya "PROMOSI"seingat dulu RM1 tu boleh guna banyak kali sampai ke petang. Punyalah nak jimat kan, dengan tidak segan silu boleh mintak kat kawan-kawan yang kenal or xkenal terus mintak tiket, kekadang sukarela dia nak bagi..punya sukalah time tu xyah nak beli tiket, kongsi je..betul-betul ada konsep "Sharing is Caring" .Lepas tu kena beli kertas mcm kad kertas tu untuk sebulan RM40, lepas tu keluar pulak, RAPID PAS, warna hitam..kalau x beli, huhu..tahu-tahu je lah silap-silap xdapat naik, arghh macam, tak lama lepas tu guna TOUCH N GO pula..aduhaiii..tu la, nak dijadikan pengalaman naik bas pun dah macam-macam dah..Paling sedih nak balik dari kelas dulu, banyak jugak tak dapat naik :'( sedih, "ala terlepas, alahai penuh"..mengeluh je.. kekadang tu, ktorg leh je nak jalan kaki dari fakulti FSKM ke rumah ktorg..Jangan tak percaya, dah banyak kali buat, kalau nak kira dalam masa 30 minit jalan tau..huhu, sambil dengar lagu dengan borak-borak kosong dengan zakiah. Zakiah jelah tempat merungut masa tu, walaupun saya tahu dia dan saya pun penat, tapi tetap gagahkan jugak berjalan.. Rindunya saat tu..hehe  :)

Paling seronok la time naik bas, kalau nak ke Bandar, sebenarnya tak tahu nak beli apa, tapi disebabkan :window shopping: huhu, rasa puas kalau dapat berjalan..hehe, walaupun poket dah kosong dengan kering..Masa tu, ok..naik dari umah 50 sen naik bas seranas, kat bustop depan flat tu..kat situ boleh je sampai komp.PKNS. kalau nak jalan jauh sikit, saya dan lain-lain akan turun ke Seksyen 2, untuk tahan bas seterusnya, kalau nak ke KL naik bas U80, kalau nak ke Maybank naik bas T602, kalau nak ke komuter naik bas T527..ingat lagi saya..huhu.. :lol

Korang pernah naik bas bunga tak? Kalau student Shah Alam, yang naik bas la selalu dapat rasa. Naik bas tu ondway nak ke komuter. Huhu..leh ingat nostalgia bas lama-lama, zaman-zaman bas mini dulu di Kuala Lumpur, bas dia colour  biru, jika perasan..pak cik yang dah berusia yang bawak. Mesti ada banyak kenangan manis dan terindah sepanjang pakcik tu berkhidmat dengan bas tu. Dan macam-macam ragam, gelagat penumpang dia rasa. Tersenyum saya, bila nampak bas tu masih ada lagi.

Ni dah jalan jauh sikit dah, Sunway Piramid tu dah banyak kali kitorang sampai. Lepas naik train komuter, saya akan amik bas lagi RM1 dan terus menuju ke sana. Samalah dengan bas mini tadi..Dengan tak de penghawa dingin..huhu, berpeluh-peluh dalam bas tu, hahaha, penumpang dia faham-faham jelah warga asing pun ada..haha.lagi ramai yang guna perkhidmatan itu.. Pernah suatu ketika dulu, aceh-aceh menapak lagi jauh sehingga ke Kuala Lumpur, bunyi macam biasa sangat, bila naik bas, haha sampai terlepas stesen..konon-konon KLCC jauh lagi, rupa dah terlepas beberapa perhentian..sabar jelah, nasib baik orang tu baik hati bagi turun. Hehe.. (malu bertanya sesat jalan) kan dah kena..tula..Haha..

Baru-baru ni, saya kena balik ke Puchong Prima, terdebar-debar pertama kali naik ke perhentian ini. Selalunya saya balik ke Shah Alam, memang rumah ke dua saya kat sana. Bila nak balik puchong ini, macam-macam fikir, dengan tak biasa dengan kawasan ini faham-faham sajalah macam mana perasaan masa tu..huhu. Bas saya ada waktu 3.30ptg dari Johor Bahru..masa tu konvo adik saya Ikah, jadi ada pra-konvo...haha, amik gambar kenangan untuk konvo adik saya meraikan kejayaan dia.Alhmadulillah..berbalik cerita tadi, perjalanan bermula terserempak dengan family Pjot (Hafizah ex-romate masa kat uitm segamat)..bertanya khabar dulu. Kemudian semak la tempat duduk, nak tahu tempat paling belakang sekali, lepas tu kena duduk sebelah lelaki, saya jenis tidak selesa kalau "TERPAKSA" kena buat sesuatu yang tidak suka. Aduhai mengeluh sahaja, masalah lagi penghawa dingin yang amat "PANAS".Dalam ruangan tertutup dalam bas yang penghawa dingin tidak kuat, faham-faham sahaja macam mana, rasa nak lemas, berpeluh-peluh, rasa macam nak turun or ganti tempat duduk lain. Allah tahu macam mana waktu tu, hmmm... kalau perhentian seterusnya berhenti saya tahu, apa saya nak buat..Hahaha..akhirnya berhenti kat macap. "Pak cik econ saya kat belakang xberfungsi saya panas, macam mana nak sampai KL?" Pakcik tu leh cakap, "awak tu yang tak mandi" aduhai berangin betul masa tu, nasib baik kesabaran saya masih tinggi lagi.. sabar2 faiza!! senyap seribu bahasa. menyakitkan hati pakcik ini cakap...huhu. ok, xpe..agaknya Allah dengar rintihan saya, nasib baik ada tempat duduk kat depan sekali kosong. Alhmdulillah, perjalanan diteruskan dengan tidur yang lena..zzZZzz.. :) then waktu dah tunjukkan pukul 8 mlm, gelisah saya, hmm..cmner hendak ke puchong waktu cmni. agak sampai kul berapa ea... (sambil mengaru-garu kepala). saya tidak mahu risaukan family, tapi dalam hati sampai doa dan selawat agar sampai rumah dengan selamat. Perhentian di Bandar tasik selatan, KL, hampir semua turun disitu..seterusnya perhentian di putrajaya, tapi dalam bas tinggal lagi 4 orang, ada kelegaan saya disitu apabila tanya ada seorang lagi penumpang nak turun di puchong..."TAPI!!" kenapa semua turun di perhentian Putrajaya..eh, tak kan tinggalkan saya dan pakcik bas tadi..adeh, bermacam-macam fikiran saya dibuatnya, tiba-tiba muncul kat kepala ini peristiwa yang bukan-bukan dalam berita..Ya Allah jauhkan daripada itu...doa hati kecil ini semoga tidak ada perkara yang tidak dijangka berlaku..amin.

Nasib baik pakcik ini ikhlas nak membantu, Ya Allah baiknya hati dia, walaupun saya tahu dia amat stress disebabkan nak hantar saya, dah berapa putung rokok dia hisap, adeh walaupun saya ini tidak suka bau rokok.."serius". Sabar, "Ini kalau awak lelaki, saya dah tinggalkan awak kat perhentian tadi, pandai-pandai lah awak balik senditi" ayat pakcik tadi.. aGree...macam nie..awk xde ke family ke yang boleh amik? (dorg semua kat JB) Boyfriend? (xde lagi, la...), kwn2 ke..hmm..xde..dorg semua jauh2..arghh..pakcik tolong la saya hantarkan sampai simpang pun jadilah, terima kasih sangat2...

Niat pakcik ini memang ikhlas, senyuman ikhlas dan terima kasih tidak terhingga yang dapat diberikan.. :) , ciap nak bagi saya kat POLIS sebab saya sesat. Bukan saya tak tahu area puchong ini, tahu sikit2..sebab tidak ingat jalan. Faham-faham jelah, saya amik masa nak faham jalan..huhuhu..Akhirnya pakcik tu turunkan saya dekat kawasan perumahan dekat dengan area perumahan tempat rumah kami di puchong. Perasan berbaur gembira bila dah tiba, hehe..pastu kenalah berjalan kali pulak..Macam lipas kudung saya jalan...malam tu dengan tiba rumah dalam pukul 10 mlm..akhirnya. dapat call family syukur tidak terhingga.

Pengalaman naik bas ini, banyak memberikan pengajaran kepada saya. Saya ini kadang-kadang cuai orangnya, handphone pemberian ayah BLACKBERRY klon.. pernah hilang dalam bas. Handphone tu amat bermakna nilainya..HILANG.. sebelum tu NOKIA 660..pun sama. Ya Allah, berat betul ujian ini.. tapi setiap barang yang hilang pasti ada penggantinya..so janganlah stress sangat, cuma kena berjaga setiap barang apa yang kita ada. Kehilangan sesuatu itu amat bererti nilainya..lagi lah kalu dinamakan Hadiah..

Sejak berkereta ini, saya lebih senang nak kemana-mana. Pergi kerja kat Seksyen 9, pun cepat je..huhu, nak ke mall, berkelah je selalu. Time berkerja pun berkelah, pelik bin ajaib, nilah ktorg...haha..memang sweet la..sebelum kerja kalau rajin, saya dan zakiah akan luangkan masa sama, masak untuk makanan tengahari. Bunyinya macam "sempat ke?" jawapan : sempat la..hahaha. Ktorg masak benda yang simple dan mudah..dalam 10 minit dah ciap. Bawak nasi dalam bekas, 3 orang, faiza, liya dan zakiah, lauk bergilir-gilir masak..Seronok, makan kat area Masjid Shah Alam, lepas makan solat Zuhur berjemaah di masjid..Kemudian kembali semula ke tempat kerja. Hari-hari yang bermakna..huhu, baru-baru ini berkelah makan di tasik shah alam, time rehat..haha, xde orang buatkan..tapi ktorg buat. Bukannya apa, belajar berjimat, dan masak sendiri lagi sedap rupanya..dari masakan orang lain..xgitu..huhu.

Suatu hari, saya, liya dan zakiah accident di bulatan Masjid tu..time orang balik kerja. Memang jalan ktorg, pemandu time tu saya..dan saya dah signal ke kiri untuk laluan ke PKNS..so, apa yang terjadi..tiba-tiba ada motor hentam di bahagian kiri tempat sblh pemandu, so nak elakkan penunggang motor tu cedera. Saya elak dan terus naik ke pembahagi jalan sebelah round about..depan tu dah  tiang..BERDERAU DARAH!! panik sudah tentu..mengigil saya ketakutan..arggh..cmner orang tu..berlari keluar tanpa kasut tengok keadaan penunggang motor tadi..Baju dia koyak, moto senget kot, tapi xnak hantar uat rawatan..so dia kata xde pape..LEGA disitu..dan KERETA!! alamak calar,,, T_T , aduhai...kemek, lampu depan pecah yang kecik bawah..tapi perasaan gigil tetap ada. Terima kasih kepada rakan-rakan yang dapat tenteramkan perasaan waktu tu..

Nota 1: Kepada penumpang bas, Baca doa naik kenderaaan dan berhati-hati semasa menaiki bas.
Nota 2 : Pastikan barang yang kita ada cukup, sebelum turun double, triple checking. Jangan keciciran.
Nota 3: Jangan tertidur dalam bas, nanti terlepas perhentian..Hahaha.
Nota 4: Menepati masa, kalau nak naik bas, kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat..hurmmm..: /
Nota 5: Kalau naik bas, berteman..jangan sorang-sorang..huhu
Nota 6: Memandu pandulah dengan berhemah, dan ingatlah orang tersayang.

p/s: Terima kasih pakcik bas transnasional JB-KL-PUTRAJAYA-PUCHONG.









-

Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A...

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh ...

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan...