Skip to main content

Nabi Sulaiman Memahami Pembicaraan Semut


Ketika Nabi Daud meninggal dunia, di antara putera-puteranya, hanya Sulaiman yang mewarisi kenabian dan kerajaan. Ketika Nabi Sulaiman berkuasa atas kerajaan, ia menjemput pembesar-pembesar dan kaum cerdik pandai yang ada dalam kerajaannya, Ia berkata kepada mereka sebagai pujian atas kelebihannya: Allah telah melebihkan aku dengan mengajarkan bahasa binatang dan burung kepadaku, sehingga aku dapat memahami apa yang mereka bicarakan. Ini adalah tambahan nikmat Allah terhadap kerajaan dan kenabian yang Allah berikan kepadaku. Sesungguhnya nikmat-nikmat yang agung ini adalah kurnia dan kebaikan-Nya, yang jelas nampak pada setiap orang.


Pada suatu hari Nabi Sulaiman memanggil bala tenteranya. Ia bermesyuarat dengan mereka yang terdiri dari jin, manusia dan burung-burung untuk mentaatinya. Kemudian berjalanlah Nabi Sulaiman bersama pasukannya hingga tiba pada suatu lembah yang banyak semut di dalamnya. Ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: "Hai semut lihatlah itu Sulaiman berjalan dengan tenteranya ke arah kamu. Maka bersegeralah kamu bersembunyi di lubang-lubang, sehingga tidak membinasakan kamu dengan pijakkannya, sedangkan mereka tidak akan merasakan bahawa kamu itu ada.

Nabi Sulaiman mendengar apa yang dikatakan oleh semut itu, maka ia merasa gembira, kerana semut itu telah meningatkannya pada kenabian, kebijaksanaan dan kasih sayang yang telah Allah berikan kepadanya, seperti kerajaan dan mengetahui pembicaraan semut yang tidak dapat diketahui oleh manusia lain. Nabi Sulaiman pada saat itu berkata sambil bermunajat kepada Tuhannya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang selalu mensyukuri nikmat-Mu, dan masukkanlah aku dengan kurnia dan rahmat-Mu kedalam golongan orang-orang soleh yang mendapat redha-Mu.

Comments

Nurun Nur 9111 said…
salam Ziarah dari kami...

come lote tuan empunye blog...secome blognye...:)

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A...

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh ...

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan...