Skip to main content

Posts

Showing posts with the label motivasi diri

Mencari makna hidup

Segala puji dan syukur kepada Tuhan yang maha pengasih atas rahmat serta hidayahnya. Sudah lama tidak menghabiskan masa menulis dalam blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin luangkan masa bersama dengan anda berkongsi tentang makna hidup. Tanpa sedar, kita sudah masuk dan hidup dalam zaman yang penuh pancaroba. Tingkah laku manusia yang semakin tidak keruan amat membimbangkan. Cara manusia memandang dirinya semakin pudar. Sudah sering berlaku di mana sesorang terlalu mudah menganggap dirinya tidak berguna, sesorang yang gagal malah muncul perasaan mahu mengakhiri hidup kerana ada waktu-waktunya berasa hidup ini sudah tidak bermakna. Daripada sudut lain, ramai juga manusia yang cenderung bersahabat dengan musuh yang ada dalam dirinya sendiri hingga walau ke mana dia melangkah, musuh itu sentiasa ada di sampingnya. Sewaktu muncul perasaan dan dorongan berbuat baik dalam hati, ada pula rintangan.Itulah musuh manusia yang dating dari dalam dirinya. Bagi menyingkap perkara ini, kad...

Cermin Diri

Senyuman itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulangi lagi. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka mujadalah yakin bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. Orang yang sudah hilang sifat marah ( dayus ) cepat ...