Skip to main content

Posts

Misteri Hujung Jari

Allah sangat Maha Agung, dan Maha Bijaksana..tahukan anda terdapat misteri yang belum terungakai mengenai hujung jari. Setiap manusia mempunyai jenis hujung jari yang berbeza-beza diantara satu sama lain. Ia akan membezakan setiap individu itu sendiri dari segi warna, bentuk dan lain-lain lagi. Contonya,dalam kes menyiasatan polis apabila berlaku sesuatu kes, polis pasti akan cuba mengesan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa atau suspek.Kini pelbagai teknologi digunakan dalam sistem kehadiran para pekerja melalui(thumbprint) dalam komputer atau mesin.Ia adalah bertujuan untuk memastikan ciri-ciri keselamatan terdapat pada sesuatu objek. Disini akan dijelaskan dengan lebih terperinci maksud misteri hujung jari. Ady ibn Rabi'ah adalah seorang kafir Quraisy yang pernah meminta Rasulullah SAWuntuk menjelaskan tentang Hari Kiamat. Dengan senang hati, beliau pun memenuhi permintaan Rabi'ah tersebut. Namun, setelah Rasul selesai bicara,'Ady Ibn Abi Rabi'ah malah berka...

Padah Maksiat

Sambungan daripada Buku Quran Sainstifik ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda semua padahnya melakukan maksiat. Kini ramai remaja yang terjerumus ke dalam kancah maksiat, lihat sajalah di dada akhbar harian malahan setiap hari ada sahaja berita yang sangat hangat diperkatakan seperti perlakuan seks bebas, sumbang mahram, bunuh-membunuh dan lain-lain lagi.Semua ini telah dibuktikan oleh Allah dalam kitab suci Al-Quran bahawa tanda-tanda hari kiamat sudah semakin hampir. Sehubungan dengan itu, ingin sekali saya berkongsi dengan anda semua permasalahan ini apabila melakukan maksiat yang melanggar perintah Allah. Bersikap warak dan meninggalkan sesuatu yang haram tidak merugikan umat Islam sedikit pun sebaliknya ia mendatangkan keuntungan. Hal ini disebabkan, setiap sesuatu yang haramkan pasti mempunyai kemudaratannya. Dalam surah al-A'raf ayat 157, Allah menjelaskan, "Dan (Dia) menghalakan bagi mereka segala yang baik serta mengharamkan segala yang keji."...

Cermin Diri

Senyuman itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulangi lagi. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka mujadalah yakin bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. Orang yang sudah hilang sifat marah ( dayus ) cepat ...

Seribu Kemanisan Iman

Wahai Saudaraku, Berimanlah, kerana iman dapat menghilangkan kecemasan dan menghapus kegundahan. Iman adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengesakan Allah dan pelipur lara orang-orang yang suka beribadah. Apa yang telah berlalu, biarlah. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Tak perlu anda memikirkan apa yang telah berlalu, karena ia telah hilang dan sinarnya. Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan dengan rezki yang telah dibagikan. Segala sesuatu sudah ada ukuranya, maka tinggalkanlah berkeluh kesah. Ketahuilah, bahawa dengan zikir kepada Allah, hati menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan zikir pula, zat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan sinarnya. Jangan pernah mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain. Cukup bagi anda pahala yang diberikan oleh Allah tempat bergantung semua makhluk. Anda tak perlu takut kepada orang kufur, pendendam, dan iri hati. Apabila anda berada pada pagi hari, jangan menunggu datang...

Letusan Gunung Berapi Mayon dijangka akan meletus

Baru-baru ini digembarkan suatu berita yang membuatkan kita berasa takut akan kiamat semakin hampir.Letusan Gunug Berapi Mayon di Legazpi, Filipina berlaku dengan aliran laharnya pada 16 Disember 2009.Aliran lahar terus menyusuri kaki gunung berapi Mayon hari ini ketika pakar kerajaan memberi amaran ia mungkin terus meletus selama berbulan-bulan, sekali gus memaksa ribuan penduduk di perkampungan sekitarnya terpaksa menyambut Krismas di pusat pemindahan. Lima letusan kecil dikesan di puncak Mayon pada pagi 16 Dis 2009, kali terakhir dengan pancutan debu setinggi 500 meter ke udara, kata pakar gunung berapi, July Sabit. “Aliran lahar dan ketulan panas masih berlaku. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti letusan gunung berapi. Kemungkinan besar ia akan meletus selama beberapa bulan,” ujarnya lagi. Katanya, letusan kali terakhir Mayon pada 2006 mengeluarkan lahar dan debu selama dua bulan namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.Bagaimanapun debu gunung berapi yang terkumpul menyebabkan t...

Ibadah yang Paling Utama

Antara ibadah paling penting yang sering diabaikan oleh umat Islam adalah meninggalkan yang haram. Dalam Ulumuddin , diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin , Aisyah, yang berkata, "Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak." Warak bermaksud menjauhi sesuatu yang haram serta mempunyai unsur syubhah (iaitu yang meragukan). Pengambilan benda yang meragukan ataupun yang haram merosakkan ibadah. Sahabat Abdullah bin Omar berkata, "Sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anak panah, amalan kamu tidak diterima melainkan apabila disertakan dengan warak yang mendinding." Imam Sufyan at-Thauri juga mengingatkan umat Islam mengenai perkara yang sama. Beliau berkata,"Sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing. Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perkara ...

Compact Disk Semesta

Tahukan anda apakah kegunaan Compact Disk, daripada pembacaan saya dalam bukti kebenaran Al-Quran dan Hadis.Menceritakan beberapa waktu Dr.Masaru Emoto menggegarkan dunia melalui penemuannya. Bersama Kazuya Ishibashi, lelaki jepun ini berhasil mengidentifikasikan kemampuan air yang dapat merespone serta merakam informasi dari sekitarnya, termasuk informasi yang disampaikan manusia.Air akan tampak "bahagia'jika diinformasikan hal-hal positif sehingga struktur air pun akan membentuk kristal-kristal air yang sangat indah. Tapi, air akan tampak 'sedih' jika diinformasikan hal-hal negetif, seperti cacian, kata-kata kasar, muzik heavy mental dan sebagainya.Struktur molekul air pun akan menjadi rosak dan tidak beraturan.Simpulannya air memiliki kecerdasan. Molekul-molekul Air Pertanyaanya, jika air mampu merespons serta merakam informasi, bagaimana dengan unsur-unsur lain di alam? Apakah mereka pun memiliki kecerdasan untuk melakukan hal serupa. Jawabnya. Ya! Tidak hanya air ...