Wahai Saudaraku,
Berimanlah, kerana iman dapat menghilangkan kecemasan dan menghapus kegundahan. Iman adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengesakan Allah dan pelipur lara orang-orang yang suka beribadah.
Apa yang telah berlalu, biarlah. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Tak perlu anda memikirkan apa yang telah berlalu, karena ia telah hilang dan sinarnya.
Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan dengan rezki yang telah dibagikan. Segala sesuatu sudah ada ukuranya, maka tinggalkanlah berkeluh kesah.
Ketahuilah, bahawa dengan zikir kepada Allah, hati menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan zikir pula, zat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan sinarnya.
Jangan pernah mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain. Cukup bagi anda pahala yang diberikan oleh Allah tempat bergantung semua makhluk. Anda tak perlu takut kepada orang kufur, pendendam, dan iri hati.
Apabila anda berada pada pagi hari, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini saja. Curahkan perhatian anda untuk memperbaiki hari ini.
Biarkan masa depan datang dengan sendirinya. Jangan mencemaskan hari esok, kerana jika anda telah memperbaiki hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.
Bebaskan hati anda dari rasa iri hati dan dendam. Buang jauh-jauh amarah dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Laksanakan urusan anda dengan baik dan janganlah terlalu banyak bergaul dengan orang lain tanpa faedah.
Buku adalah sahabat terbaik. Bergaullah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan ma'rifat (pengetahuan)
Keluarlah dan perhatikan alam sekitar. Perhatikan kebun-kebun yang tumbuh rimbun dan telitilah makhluk Allah dan keindahan alam ciptaan ini.
Anda harus bergerak dan berolahraga. Jauhi kemalasan dan ketidak-berdayaan. Tinggalkan kekosongan dan pengangguran.
Bacalah sejarah, pikirkan keajaiban-keajaibannya, renungkan keanehan-keanehanya, dan nikmati cerita-cerita dan khabarnya.
Perbaharui hidup, jadikanlah hidup anda lebih bervariasi. Sesekali rubahlah rutin hidup anda sehari-hari.

Ingatlah bahwa Tuhan maha luas keampunan-Nya, Maha Menerima taubat, dan Maha Mengampuni dosa hamba-Nya. Dia berkenan mengganti amal buruk hamba-Nya dengan kebaikan.
Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama, akal, kesihatan, pakaian, pendengaran, penglihatan, rezki, keturunan dan lain-lain.
Tidakkah anda menyadari bahwa diantara manusia ada orang yang hilang akalnya atau kesihatannya, terpenjara, lumpuh, atau ditimpa musibah lainya?
Hiduplah dengan Al-Qur'an dengan menghafalnya, membacanya, mendengarkannya, dan merenungkan kandungan ayat-ayatnya, karena Al-Qur'an adalah penawar yang paling manjur untuk menghilangkan kesedihan dan kecemasan.
Bertawakkallah kepada Allah, serahkan segala urusan kepada-Nya, dan redhalah dengan keputusan-Nya. Mintalah perlindungan dan pertolongan kepada-Nya dan percayakan segala urusan kepada-Nya, karena Dialah Dzat Yang Mencukupi dan menjamin segala kehendakan anda.
Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambunglah tali silaturrahmi dengan orang yang memutuskannya dari anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlaku lembutlah kepada orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, niscaya anda akan mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman.
Perbanyaklah mengucapkan; ''LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH'' kerana kalimat itu dapat melapangkan dada, memperbaiki keadaan, meringankan beban, dan akan membuat anda diredhai Zat Yang Maha Agung.
Perbanyaklah membaca ISTIGHFAR [Astaghfirullah hal adzim] kerana istighfar dapat mendatangkan rezeki, kelapangan, keturunan yang baik, ilmu yang bermanfaat, dan kemudahan, serta dapat menghapus dosa.
Comments