Skip to main content

Aisyah Ummul Mukminin

Serikandi wanita yang terunggul..

          Aisyah terkenal dengan nama panggilan as-Siddiqah yang bermaksud perempuan yang berkata benar. Ada kisah menyebut nama timangannya adalah Humaira, yang bererti kemerah-merahan. Namun bukti yang sahih atau jelas berkenaan perkara ini. Nabi Muhammad sebenarnya lebih gemar memanggilnya Bintus-Siddiq yang bereti 'anak lelaki yang berkata benar'. Lelaki yang berkata benar Abu Bakar as-Siddiq.
          Aisyah juga turut dikenali panggilan Ummul Mukminin, yang bererti ibu bagi seluruh orang Mukmin. Mukmin dan Muslim adalah panggilan lain bagi orang Islam.Selain itu, beliau digelar Ummu Abdillah, iaitu ibu saudara Abdullah.Hadis ini dicatat oleh para perawi hadis bernama Ibnu Majah, dan lain2.Banyak juga aisyah mendapat gelaran yang disebut seperti ummu dll.

Keistimewaan Aisyah
Terdapat beberapa perkara yang menjadikan kedudukan Aisyah lebih istimewa. Nabi Muhammad sendiri memberi perhatian khusus kepadanya. Aisyah sudah dilentur daripada rebungnya, mendapat didikan dan asuhan secara langsung sejak kecil lagi. Selain itu, Aisyah cerdas dan berupaya memahami seluruh ajaran yang disampaikan beliau. Oleh itu, Aisyah mendapat kedudukan istimewa di kalangan Ahlul Bait.

Aisyah adalah terjemahan langsung daripada Quran dan orang yang memahami sunah Nabi Muhammad. Beliau adalah guru yang paling berjaya mengajar syariat Islam kepada kaum Muslimin selepas Nabi Muhammad. Tiada sesiapa pun yang lebih tinggi pengetahuannya daripada Aisyah.

Semasa Nabi Muhammad masih hidup, orang Islam hanya dapat mengetahui berkenaan kehidupanya dari luar. Tetapi Aisyah berkesempatan menemani beliau baik di luar mahupun di dalam rumah. Oleh itu, pujian Nabi Muhammad ke atas Aisyah memang kena pada tempatnya apabila beliau berkata, "Keutamaan Aisyah apabila dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain adalah sebagaimana keutamaan tsarid (makanan yang dibuat daripada daging yang bercampur roti) apabila dibandingkan dengan seluruh makanan lainnya." Hadis ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Hibban.

Nabi Muhammad pernah melihat Aisyah dalam mimpinya. Pada masa itu Aisyah belum menjadi isteri beliau. Mimpi itu mengkhabarkan kepada Nabi Muhammad yang Aisyah bakal menjadi isterinya. Selepas mereka berkahwin, beliau berkata kepadanya,'Saya pernah melihatmu didalam mimpi sebanyak dua kali.Saya melihat gambarmu pada sehelai kain yang dibuat daripada sutera.Malaikat berkata kepada saya,'Inilah isterimu.Bukalah, ternyata dirimu saya lihat di situ. Lalu saya berkata 'Jika ini adalah ketentuan Allah, maka Dia pasti akan membuatnya terjadi."

Petikan daripada buku Aisyah Ummu Mukminin, Keanggunan Sejati oleh Sulaiman An-Nadawi.Harap korang dapat membacanya, kerana ilmunya sangat tinggi yang dimiliki oleh Aisyah. Keunggulan sebagai wanita islam perlu dicontohi oleh umat pada masa kini. Kesabaran dan perjuangan yang tinggi memartabatkan Islam sebagai titik tolak permulaan kejayaan Islam. Bil Taufik Waal Najjah..

Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A...

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh ...

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan...