Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Disaat Kau Masih Diperlukan

Apabila aku sedang keseorangan, saat tu aku terfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan kelak. Adakah esok membuatkan hidupku bertambah gembira ataupun bertambah sulit. Disaat umur sedang meningkat ini, kadang-kadang pengalaman mendewasakan kita. Dengan pengalaman yang ku tempuhi selama 22 thn setengah ni membuatkan ku cuba untuk mengenal erti kehidupan. Apa yang berlaku dalam kehidupan ku saban hari, esok, lusa, dan seterusnya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Tuhan? Jawapannya adalah "Ya". Bersyukur perlu didalam diri untuk memdidik seorang supaya bersifat sabar.Dimana setiap kesabaran perlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan perlukan kesabaran. Kesabaran akan seiring dengan kesetiaan, daripada kesetiaan tu wujudlah keyakinan dan kepercayaan. Ya Allah dimanakan semua itu, adakah aku didik dengan begitu sabar terhadap ujianmu. Apa yang berlaku memang tidak dijangka dimana setiap rezeki yang diberikan oleh Tuhan kepada hambanya tidak kira statu...

Aisyah &Jejaka itu [Keihklasan Cinta]

Orang Ikhlas Itu Kuat!!! Orang yang ikhlas,orang yang kuat!!. Ikhlas itu adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya, yakni manusia. Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas para manusia. Malah syaitan juga tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan dan syaitan juga susah dan takut hendak mendekati mereka yang segala perbuatannya kerana menginginkan keredhaan Allah. Satu kisah untuk dikongsikan tentang keikhlasan Ada seorang jejaka terjumpa buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera ‘Aisyah yang sedang mencari sahabat hati’. Tergerak hati jejaka itu mengutus surat dan mengembalikan buku itu kepada si gadis misteri itu. Beberapa kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia bersetuju berkawan dengan si jejaka, dan berterima kasih kerana menghantar buku yang hilang itu. Hari berganti minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu me...

Aisyah Ummul Mukminin

Serikandi wanita yang terunggul..           Aisyah terkenal dengan nama panggilan as-Siddiqah yang bermaksud perempuan yang berkata benar. Ada kisah menyebut nama timangannya adalah Humaira, yang bererti kemerah-merahan. Namun bukti yang sahih atau jelas berkenaan perkara ini. Nabi Muhammad sebenarnya lebih gemar memanggilnya Bintus-Siddiq yang bereti 'anak lelaki yang berkata benar'. Lelaki yang berkata benar Abu Bakar as-Siddiq.           Aisyah juga turut dikenali panggilan Ummul Mukminin, yang bererti ibu bagi seluruh orang Mukmin. Mukmin dan Muslim adalah panggilan lain bagi orang Islam.Selain itu, beliau digelar Ummu Abdillah, iaitu ibu saudara Abdullah.Hadis ini dicatat oleh para perawi hadis bernama Ibnu Majah, dan lain2.Banyak juga aisyah mendapat gelaran yang disebut seperti ummu dll. Keistimewaan Aisyah Terdapat beberapa perkara yang menjadikan kedudukan Aisyah lebih istimewa. Nabi Muhammad sendiri memberi perha...