Skip to main content

Istiwa Matahari atas Kaabah pada 28 Mei 2010 5.16 pm

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah.
Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(Surah Al-Imran: Ayat 190-191). RujukanTafsir Qur'an Per Kata: Dr.Ahmad Hatta, MA.
Ada yang bertanya,  mengapa bersusah-payah berjemur tengah panas mencari kedudukan kiblat, lebih baik guna kompas.
Jawapan agak mudah. Kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi. Namun, jika ada sumber medan magnet yang berdekatan (seperti besi, tv dll) , penunjuknya akan terpesong dan menunjuk ke arah lain. Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun.
Ini semua kerana jaminan Allah SWT yang telah diberikan dalam ayat Quran di bawah:
“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari kedua-duanya itu beredar (yasbahun) dalam falaknya.” (Surah al-Anbiya: 33)
Dan bukan matahari mendahului bulan dan bukan juga malam mendahului siang. Mereka beredar (yasbahun) dalam falak sendiri.” (Surah Yaasin: 40)
Maka itu, buanglah perasaan ragu-ragu anda. Teknologi yang sedia ada ini semuanya berasal daripada keadah ukuran yang dibuat oleh ilmuwan terdahulu.
Dr.Baharuddin Zainal (UDM) menjelaskan di dalam artikel "Arah Kiblat: Isu Istiwa Adzam" di laman web UDM, bahawa kaedah falak tradisional ini lebih 'mesra pengguna', dan mudah untuk dipraktikkan. Malah kaedah istiwa matahari ini telah diketahui lebih 3000 tahun dahulu!
Kembali kepada fenomena yang akan berlaku Jumaat ini, tepat pada jam 5.16 PM, matahari akan bergerak dan berada pada kedudukan tepat di atas Kaabah. Jika kita berpeluang berada di Masjidilharam ketika itu, kita akan lihat Kaabah (serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya, seolah-olah tidak ada bayang-bayang.Ketika itu, waktu di Mekah ialah 12.16 tengahari.
Oleh itu, pada saat itu, jika kita di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.
Cara untuk menentukan kedudukan ini ialah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan atau apa-apa yang tegak 90 darjah sebagai panduan. Garisan bayang-bayang yang terhasil akan terarah tepat ke Mekah.
Pada tahun 2007, saya telah menghantar sebuah powerpoint menunjukkan kaedah mudah menentukan arah kiblat tersebut. Alhamdulillah, saya dapati selepas itu, ia telah ditukar format di PDF oleh hamba Allah yang tidak diketahui dan tersebar luas dari tahun ke tahun. Semoga Allah SWT merahmati usaha sesiapa sahaja yang menyebarkan maklumat itu untuk kebaikan semua.

Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A...

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh ...

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan...