Saat pertama kali saya membaca artikel ini, jiwa terasa sekali ingin berjuang seperti orang-orang islam di Palestin, menentang musuh-musuh Islam demi untuk mencapai keamanan yang telah dirampas berpuluh-puluh tahun. Masyarakat di tindas dari segi makanan, ekonomi malahan tempat tinggal di robek dengan begitu kejam sekali. Adakah selama ini anda sedar untuk bangkit berjuang bersama-sama untuk menegakkan syiar ISLAM? Tanggungjawab sebagai khalifah Allah sangat besar. Marilah kita berfikir sejenak matlamat kita dijadikan, sesungguhnya peristiwa Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Islam sehingga akhir hayatnya. "Umatku, Umatku, Umatku". Mari bersama kita berkongsi maksud jihad.
Ayat-ayat Al-Qur’an dan hadits-hadits Nabi SAW yang sahih banyak yang menerangkan perihal keistimewaan jihad dan mujahidin, sehingga ianya dapat menimbulkan cita-cita yang luhur serta dapat menggerakkan hati nurani ntuk bergerak ke medan jihad fi Sabilillah dan dengan penuh kejujuran mereka melancarkan jihad fi Sabilillah melawan musuh-musuh Allah, Rabb semesta alam.Oleh yang demikian, jihad boleh diiktiraf sebagai kemuncak amalan terpuji yang dituntut dalam agama Islam jika dibandingkan dengan amalan-amalan yang lain (selain fardu solat).Jihad mencerminkan kesanggupan umat Islam untuk berjuang demi mempertahankan diri dan agama dari segala ancaman. Hal ini kerana jihad yang lahir dari hati umat Islam yang ikhlas, jujur dan bersih dapat memelihara kebesaran,kemuliaan,kesucian dan kedaulatan agama Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, jihad merupakan salah satu amalan fardu (tuntutan yang wajib) dan perintah yang berkekalan hingga ke hari kiamat.
Allah taala berfirman:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t dengan jihad yang sebenar-benarnya”
(Surah: al-Haj ayat 78)
Berjihad sangatlah penting dan dituntut dalam Islam.Oleh yang demikian,tidak hairanlah Allah menjanjikan ganjaran yang besar untuk mereka yang berjihad sama ada dengan nyawa atau harta.Antara ganjaran yang dijanjikan ialah keampunan dari segala dosa,kemuliaan di sisi Allah bagi kehidupan di dunia dan akhirat,selamat dari azab kubur dan seksaan api neraka serta jaminan tempat yang istimewa di akhirat.Allah juga menjanjikan ganjaran yang banyak dan istimewa kepada mereka yang berperang demi menegakkan agama-Nya.Hal ini kerana mereka adalah tentera Allah di muka bumi ini. Walaupun istilah jihad boleh diterjemahkan dan dilakukan melalui pelbagai cara,namun,berjihad dengan jiwa raga adalah yang paling utama dan dituntut dalam Islam.
TUJUAN DAN KEPENTINGAN JIHAD
Peranan dan asas utama dalam perjuangan umat Islam ataupun berjihad adalah untuk menegakkan KALIMAH ALLAH agar KALIMAH ALLAH itu berdaulat dan menjadi yang paling tinggi. Kalimah Allah ini amat dititikberatkan oleh umat Islam agar mendapat tempat dalam kehidupan manusia baik dalam kehidupan secara individu, rumah tangga,bermasyarakat,berjemaah, berpendidikan, berekonomi, bernegara, dan sebagainya.
Di antara keutamaan berjihad menurut( A.G Nooraii,2002) ialah:
i. Gerakan mujahid (orang yang berjihad di jalan Allah) di medan perang itu diberikan pahala oleh Allah.
ii. Jihad adalah perdagangan yang untung dan tidak pernah rugi.
iii. Jihad lebih utama daripada meramaikan Masjidil Haram dan memberikan minum kepada jama’ah haji .
iv. Jihad merupakan satu dari dua kebaikan (menang atau mati syahid).
v. Jihad adalah jalan menuju Syurga .
vi. Orang yang berjihad, meskipun dia sudah mati syahid namun ia tetap hidup dan diberikan rezeki.
vii. Orang yang berjihad seperti orang yang berpuasa tidak berbuka dan melakukan solat
malam terus-menerus .
viii. Sesungguhnya Surga memiliki 100 tingkatan yang disediakan Allah untuk orang yang berjihad di jalan-Nya.
Antara satu tingkat dengan yang lainnya berjarak seperti langit dan bumi.
ix. Syurga di bawah naungan pedang .
x. Orang yang mati syahid mempunyai 6 keutamaan:
• diampunkan dosanya sejak titisan darah yang pertama,
• dapat melihat tempatnya di Syurga,
• akan dilindungi dari azab kubur
• diberikan rasa aman dari ketakutan yang dahsyat pada hari Kiamat
• diberikan pakaian iman, dinikahkan dengan bidadari
• dapat memberikan syafa’at kepada 70 orang keluarganya.
xi. Orang yang pergi berjihad di jalan Allah itu lebih baik dari dunia dan seisinya.
xii. Orang yang mati syahid, ruhnya berada di qindil (lampu/ lentera) yang berada di Syurga.
xiii. Orang yang mati syahid diampunkan seluruh dosanya kecuali hutang.
Comments