Skip to main content

Menentukan Arah Kiblat dengan Tepat - Teknologi Google Maps




Anda mungkin baru berpindah ke rumah baru ? Ingin menunaikan solat tetapi keadaan sekeliling jiran anda bukan beragama Islam (mahu bertanya). Anda berada di negara orang dan tidak tahu di manakah arah kiblat yang sebenar ? Anda tidak pasti arah kiblat sebenar di rumah anda kerana surau / musolla / masjid jauh di rumah anda (susah nak tentukan secara tepat jika menggunakan imaginasi arah kiblat masjid dengan kediaman anda ) ? Usah khuatir lagi, cuba layari laman QiblaLocator.com untuk penentuan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan teknologi Google Maps।

Mudah Digunakan

Hanya masukkan nama daerah, negeri dan negara (terutamanya di Malaysia) dan klik butang ‘Carian’ maka Google Maps mula memaparkan gambar peta kawasan yang anda kehendaki। Untuk paparan yang lebih jelas, klik butang ‘Hybrid’ untuk imej 3D yang lebih tepat dan laraskan ‘zoom’ anda ke kawasan yang anda kehendaki . Garisan lurus merah adalah arah kiblat sesuatu kawasan tersebut. Anda juga boleh merujuk nilai latitud dan longitud serta darjah arah kiblat yang sebenar.


Kaedah Lain Tentukan Arah Kiblat

Selain itu, anda juga boleh menggunakan kompas (jika anda tahu darjah arah kiblat yang sebenar) sekiranya mahir menggunakan. Tanpa kompas sekalipun, anda boleh tentukan arah kiblat dengan mencari bintag Qutbi (Polaris) atau Buruj Belatik (Babadur Orion) [p/s: dengan syarat anda mempunyai ilmu Falak] atau menentukan kedudukan posisi matahari iaitu arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
Sumber Rujukan : Cyber Mosque, MPSJ

Comments

Popular posts from this blog

Mawar Merah Di Angkasa

Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses) Gambar di bawah adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih.Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak" (Ar-Rahman: 37) Daripada pembacaan buku karangan Dr.Danial Zainal Abidin mejelaskan disini apa yang menakjubkan adalah proses kehancuran bintang sehingga bertukar menjadi bentuk bunga ros ini dinyatakan dalam Al-Quran.Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebut oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros ynag bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga A...

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh ...

Kisah Sujud Pokok

Ada sebuah hadis menyebut: Maksudnya: Daripada Saidina Ibn Abbas r.a, bahawasanya, seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata; Wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku melihat diriku pada suatu malam (di dalam mimpi), sedang aku tidur, seolah-olah aku sedang solat di belakang sebuah pokok. Lalu aku sujud. Maka pokok itu turut mengikut sujudku. Lalu aku mendengar pokok itu mengucapkan: "Wahai Tuhanku, tuliskan untukku pahala di sisiMu dengan sujud ini, gugurkanlah dosa dariku dengan sujud ini, jadikanlah anugerah bagiku dengan sujud ini dan terimalah sujud ini dariku sepertimana Engkau menerimanya daripada hambaMu Daud." Saidina Ibn Abbs r.a lalu berkata: Maka Rasulullah s.a.w membacanya kemudian Baginda s.a.w sujud. Dalam sujud tersebut, Baginda s.a.w membaca doa yang disebut oleh lelaki tersebut daripada ucapan pokok tersebut. Sujudlah Selagi Ada Masa Sujudlah selagi ada masa, selagi ajal belum tiba. Katakanlah, solatku, sujud dan rukukku, ibadahku, hidup dan...