Skip to main content

Posts

Istiwa Matahari atas Kaabah pada 28 Mei 2010 5.16 pm

Sekali lagi matahari dan bumi berada pada kedudukan yang cukup unik, dan sudut yang cukup tepat dan sesuai bagi umat Islam untuk menyemak kembali arah kiblat kita.Pada jam 5.16 PM , 28 Mei 2010 nanti (Jumaat), Matahari berada tegak di atas Kabaah di Masjidilharam Mekah. Fenomena yang dikenali sebagai istiwa matahari ini merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia di Bumi untuk kembali mengingati kebesaran dan kekuasaanNya mentadbir pergerakan apa yang ada di langi dan bumi untuk kegunaan manusia umumnya. " Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal""(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Surah Al-Imra...

Hampir 5 Tahun Koma, Ariel Sharon Pulang ke Rumah

Gambar di atas ialah gambar yang hangat Ariel Sharon yang koma. Gambar kecil pula ialah gambar Firaun kerana umat Islam menyamakan Ariel Sharon dengan mumia pemerintah zalim tu. Mantan Perdana Menteri Israel itu telah koma selama 5 tahun. Minggu lalu keluarganya memutuskan untuk merawat bekas orang nombor satu Israel itu di rumah. Pada pagi Jumaat lalu, kelihatan ambulan membawa bekas perdana menteri Israel. Ambulans dari unit intensive care yang membawa Ariel berjalan dengan kawalan ketat polis menuju Sycamore Farm, kediamannya yang terletak di bagian selatan Israel. Shlomo Noi, ketua unit Sheba Hospital, dekat Tel Aviv, menyatakan pada radio Angkatan Darat Israel bahawa Ariel Sharon akan di bawa kembali ke hospital pada hari minggu untuk dibuat latihan beberapa kali sebelum dapat dipastikan bahawa dia boleh diubati di rumah secara tetap. Pada 4 Januari 2006, ia mengalami stroke menyebabkan dia koma dan tak tidak pulih sehingga kini. Sharon, 82 tahun, dipandang sebagai tokoh...

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Nabi (part 1)

Beberapa fakta sejarah         Disana terdapat bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa riwayat hidup Rasulullah s.a.w sebelum dilantik menjadi Nabi adalah sebagai berikut; 1. Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang termulia di kalangan orang Arab, malahan daripada anak cucu Bani Hasyim iaitu keturunan yang paling mulia daripada suku bangsa kabilah, sabaik-baik keturunan dan setinggi-tinggi kedudukan di kalangan orang Arab. Didalam sebuah hadih yang diriwayatkan oleh Al Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mencipta segala kejadian, lalu dijadikan aku yang sebaik-baiknya dan daripada golongan yang terbaik pula. Kemudian Allah memilih suku bangsa, lalu dijadikan aku daripada sebaik-baik suku bangsa. Kemudian Allah memilih keluarga, lalu dijadikan aku daripada sebaik-baik keluarga. Maka jadilah aku sebaik diri daripada sebaik-baik keluarga daripada keluarga mereka". (Diriwayatkan ol...

Sabda HATI kecil

Aku ingin berlari Di tengah padang rumput hijau Aku ingin terbang sebebasnya Di langit luas tanpa batas Aku ingin merasakan Kebebasan sejati dunia ini Dan hati kecil yang ceria Tanpa lelah yang meraja duduk Biar kuharungi lautan Samudera luas yang terhampar Di bumi persada hidupku Biar kujelajahi Rahsia hikmah alam semesta Walau antartika tak berujung Karena diriku ingin bersenandung Sabda hati Tuhan Yang Maha Agung

sahut cabaran

Hari ini..salah satu hari berdebar-debar sangat. Mana tak nya hari ini kena present topic yang paling interesting bg aku iaitu FYP pasal fingerprint. Tqvm my friend, supervisor dan family support aku untuk uat yang terbaik FYP ni. Haha..rasanya memang banyak lagi perlu improve..techniques2. mampu ke kamu nak siapkan teknik ni dalam 6 bln? Hmm..terdiam disitu.. so, aku perlu ubah ikut kemampuan aku dulu..sbgi student aku kena byk benda kena belajar perkara baru.. itulah baru dikatakan cabaran..apa lagi sahut cabaran tu! :)

PERBEZAAN ASTRONOMI (ILMU FALAK) DAN ASTROLOGI (ILMU NUJUM)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 1. ASTRONOMI   Astronomi atau dikenali juga Ilmu Falak atau Kajibintang adalah Ilmu yang berkaitan dengan pengkajian cakerawala, peredaran bintang2, jaraknya dengan bumi dll yang berkaitan  berdasarkan pemerhatian atau kiraan (matematik). Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat terpuji didalam agama kerana ianya sangat bermanfaat untuk menerbitkan taqwim, waktu solat, waktu puasa dll. 2. ASTROLOGI Astrologi atau dikenali juga Ilmu Nujum Bintang adalah Ramalan atau kepercayaan kuno berkaitan peredaran bintang2 yang dihubungkan dengan pergerakan bumi pada masa2 tertentu yang kemudian ditafsirkan berdasarkan tarikh kelahiran manusia.   Pentafsiran ini adalah berkaitan umur, kehidupan, perkahwinan, pekerjaan, nasib baik buruk dll. Horoskop – adalah satu bentuk carta yang terhasil / dihasilkan oleh seseorang yang berkecimpung didalam Ilmu Nujum Bintang ini (Astrologer)  untuk di gunakan oleh ...

saat yang berlalu..

Terasa lama aku sudah berfikir nak tulis dalam blog ini, idea yang difikirkan membuatkan aku tiba-tiba pantas hendak menaip diruangan sebegini. Aku bukanlah penulis yang hebat, sekadar menulis ingin mengeluarkan rasa apa yang terbuku dihati. Apa kan tidak, aku rasa sudah lama aku tak mencurahkan idea untuk menulis serba-sedikit mengenai pengalamanku. Aku terasa banyak benda yang bermain difikiranku, walaupun sudah banyak pengalaman sepanjang hidup ini perjalanaku masih panjang. Dugaan diakhir zaman ini sangatlah mencabar banyak sangat fitnah, pembunuhan dan perselengketaan berlaku sesama mereka sendiri. Setiap detik dan waktu di dunia telah direkodkan untuk dihitung di akhirat kelak. Apakah yang terjadi disana nanti? Bagaimana persediaan anda sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini? Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 8, Maksudnya: “ Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesala...