Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Cinta"Si Bintang'

Si bintang ‘mencari’ erti cinta, Cinta yang membawa ke syurga. ‘Hadir’ pelangi memberi inspirasi, Memberi jalan kepada erti cinta hakiki, Namun, Bintang mencalari indahnya pelangi tanpa disedari, Bukan pelangi mencoroboh hak bintang , Tetapi bintang terlalu ’beremosi’ melontar cahayanya, Bintang lupa bahawa ’dia’ hanya makhluk dan hamba. Bintang ini hanya kerdil dan kurang manfaatnya buat manusia, Tidak mampu menjadi se megah mentari di siang hari. Namun, bintang tak mahu menjadi mentari’ Kerana hilangnya tika malam bertandang, Biarlah si bintang ’terhijab’ dari dilihat tika siang cerah mencerlang. Namun sebenarnya hadir memberi bakti. Si bintang hanya mahu memberi manfaat, bukan mahu dilihat. Si bintang tak kan mampu mengikut jejak langkah pelangi yang hebat, Sentiasa dicari, kerana indahnya menghibur hati. Malah si bintang sering diketepi dengan hadirnya bulan. Tapi, Si bintang tak pernah ’berkecil hati’, Kerana bintang hanya mahu menabur budi, Bukan disanjungi. Si bintang bakal hila...

renungan

andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH... HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahrammu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini? Qur'an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kam

ALANGKAH SUSAHNYA UNTUK BERLAKU IKHLAS

Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yang paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, paramalaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang itu diterima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila mendengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkin memperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dan nilainya itu. Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu,Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalah ikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itu dia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salah sekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi,menolong, membantu dengan berkata: “Ambillah! Saya ikhlas ni!” “Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memusuhi saya.” “Saya hendak tolong awak ini...

LIMA PENAWAR HATI

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 : 1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya 2) Mengosongkan perut 3) Bangun bersolat malam 4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur 5) Duduk di majlis orang-orang soleh. Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca. Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya ...