Kesusahan dan kesenangan dalam hidup adalah ujian yang diturunkan oleh Allah. Jika anda ditimpa kesulitan dalam hidup, jangan anggap anda tidak disayangi Allah. Atau jika anda diberikan kesenangan, tidak bermakna anda boleh bersuka ria menyambutnya. Kadangkala kesulitan itu adalah ujian yang ditimpalkan Allah sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang kita lakukan dalam hidup. Dosa itu tidak semestinya dikifarahkan dengan amalan solat, zakat dan haji, sebaliknya dengan menguatkan kesabaran ketika menghadapi kesukaran.. Jangan berputus asa ketika berdepan dengan kesusahan kerana itu bermakna kita putus asa terhadap Allah. Berputus asa terhadap Allah berdosa besar hukumnya.