Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Mencari makna hidup

Segala puji dan syukur kepada Tuhan yang maha pengasih atas rahmat serta hidayahnya. Sudah lama tidak menghabiskan masa menulis dalam blog ini. Dikesempatan ini, saya ingin luangkan masa bersama dengan anda berkongsi tentang makna hidup. Tanpa sedar, kita sudah masuk dan hidup dalam zaman yang penuh pancaroba. Tingkah laku manusia yang semakin tidak keruan amat membimbangkan. Cara manusia memandang dirinya semakin pudar. Sudah sering berlaku di mana sesorang terlalu mudah menganggap dirinya tidak berguna, sesorang yang gagal malah muncul perasaan mahu mengakhiri hidup kerana ada waktu-waktunya berasa hidup ini sudah tidak bermakna. Daripada sudut lain, ramai juga manusia yang cenderung bersahabat dengan musuh yang ada dalam dirinya sendiri hingga walau ke mana dia melangkah, musuh itu sentiasa ada di sampingnya. Sewaktu muncul perasaan dan dorongan berbuat baik dalam hati, ada pula rintangan.Itulah musuh manusia yang dating dari dalam dirinya. Bagi menyingkap perkara ini, kad