Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Menentukan Arah Kiblat dengan Tepat - Teknologi Google Maps

Anda mungkin baru berpindah ke rumah baru ? Ingin menunaikan solat tetapi keadaan sekeliling jiran anda bukan beragama Islam (mahu bertanya). Anda berada di negara orang dan tidak tahu di manakah arah kiblat yang sebenar ? Anda tidak pasti arah kiblat sebenar di rumah anda kerana surau / musolla / masjid jauh di rumah anda (susah nak tentukan secara tepat jika menggunakan imaginasi arah kiblat masjid dengan kediaman anda ) ? Usah khuatir lagi, cuba layari laman QiblaLocator.com untuk penentuan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan teknologi Google Maps। Mudah Digunakan Hanya masukkan nama daerah, negeri dan negara (terutamanya di Malaysia) dan klik butang ‘Carian’ maka Google Maps mula memaparkan gambar peta kawasan yang anda kehendaki। Untuk paparan yang lebih jelas, klik butang ‘Hybrid’ untuk imej 3D yang lebih tepat dan laraskan ‘zoom’ anda ke kawasan yang anda kehendaki . Garisan lurus merah adalah arah kiblat sesuatu kawasan tersebut. Anda juga boleh merujuk nilai latitud dan